Dan sekarang , dikatakan Lembah Klang bakal dilanda banjir ! Hujan lebat dibeberapa tempat merunsingkan penduduk sekitar termasuk di Selangor. Aku sendiri tak putus putus berdoa dan ikut perkembangan semasa di media sosial berbanding di media elektronik yang .. hurmmmm…
Tak tau nak cakap apa.. Sana kata terkawal.. sini kata makin teruk .. Huhh.. Mana satu nak percaya ? Tapi buat masa sekarang , aku percaya lagi media sosial dari berita di tv tu ! Coverline banyak kot ?? Takut rakyat panik ? Wallahualam..
Dup dap dup dap jantung aku.. Plan nak balik Penang esok pagi dibatalkan .. Terpaksa dibatalkan ! Nak ziarah sepupu dan pakcik aku di hospital .. Hurmmm ..
Moga banjir ini cepat reda dan PM tercinta kita boleh sambung main golf dalam negara .. Jimat skit duit dari main kat Hawaii tu kan ?