Sudah pandai menegur orang !

by - Selasa, Disember 23, 2014

 

“ Byeeee..”.

Ramah pulak Qhaliff ni. Ni bukan perangai aku. Perangai mak dia pun bukan.. Perangai ramah dia ni mmg tak tau dari mana. Dengan mana mana budak pun dia leh masuk dalam tempoh seminit ! Sejak je dia approach budak tu main sama .. melainkan budak tu tak nak la ! Confirm dia datang mengadu kat aku dan tak nak main dah dengan budak tu.. Kena marah la tuu.. haaha.. Biar dia belajar..

Bila aku berbual dengan orang , dia akan tiru.. Berbual sama la kononnya ! Pastu.. dia senyum dan babai orang tuuu .. Iskh iskh… Ada orang kata bila budak ramah gini , bahaya ! Mudah ikut orang tak dikenali.. Hurmm ..

Hurm.. sesekali aku suka ‘tinggalkan’… Nak tengok respon dia .. Apakah dia menangis atau dia gi mencari ! Yer , dia mencari dan bila dia akan senyum sampai ke telinga sambil hela nafas panjang ! Lega laaa tuu.. Penakot gak rupanyaaa ! Sesekali kena ajar gitu untuk kita tau apa dia akan buat bila dia keseorangan ..

Harapnya nanti besar … jangan kuat tegur awek dah laa.. Jenuh daddy nanti !

You May Also Like

1 comments