Mengulangi perbuatannya ..

by - Rabu, Disember 10, 2014

 

Seronok rupanya ! Berjalan dengan daddy atau ibunya , setiap petang.. Sebelum ni , berdukung jer.. Sejak dua menjak duduk dengan tuk nenek dia di Cheras , dia dah semakin banyak belajar .. Dan semalam dia tarik tangan aku dan suruh bukak peti ais ..

“ Nak coklat .. “. Qhaliff bersuara.

Terkejut aku jap.. Hahaha.. Dah pandai cakap ‘coklat’ . Sebelum ni , hanya tau tunjuk je.. Berat dia nak cakap ! Bukan tak reti tapi berat.. Hahahaha ..

Gaya seorang abang pon semakin terserlah. Bila Zahra menangis , cepat dia panggil mak dia.. Huhuhuh..

Bagi kawan kawan yang ada anak tunggal , buat masa ni .. sebaiknya dedahkan mereka sesekali dengan rakan sebaya atau yang lebih tua darinya untuk mereka pelajari mengenai kehidupan ini .. terutama , alam kanak kanak .. Jangan ‘peram’ dalam rumah jer.. Kesian mereka . Nanti tak reti bergaul.

You May Also Like

1 comments