Zahra yang semakin menghiburkan !

by - Ahad, Disember 14, 2014

 

Aku rasa la kan ..Nanti Zahra dah boleh berjalan dengan sempurna , pasti aku akan jadi Tarzan Rimba di rumah ! Sekarang ni pon dah mula nampak .. Zahra semakin gemar nak sakat abang dia ! Teruja sungguh dia bila nampak abang dia berdekatan !

Muka nampak serius .. Tapi ?? Hahahaha .. Adehyaii… Ini budak kan.. Kalau jaga dari tidur , lebih sukar nak kawal dia berbanding abang dia !

Akal panjang.. Payah nak baca pemikiran .. Kalau letak atas tilam.. kena perati pergerakkan dia.. Kalau dibiarkan , tau tau dah berada di zon bahaya ! Destinasi ? Ada la tu dia nak amik ! Dia dah nampak awal awal lagi pastu bila letak atas tilam .. pantas gi cari ! Hurmm..

Kalau aku keluar rumah tanpa bawak dia ? Hurmm.. Dia usha jer.. Balik kang , kita main ngan dia .. dia keras je.. Kering hati benar anak dara sorang ni.. Huhuh..

Dijangka 2015 adalah tahun mencabar bagi aku bila dua dua ni dah sah saling berebut barang permainan ..di samping dengan masalah ekonomi negara.. Hurmm..

You May Also Like

4 comments

  1. Saya nampak anak abang ben semua ikut muka abang..:) Saya dah mula rasa huru hara la bang, anak 3 termasuk yang kecik tu setahun lebih..Memang menduga sangat hehe

    BalasPadam