Terus terang aku katakan , Zahra lebih cepat matang berbanding abangnya. Dikala usia dia setahun lebih ni , dia nampak dah mendahului abangnya ketika di usia yang sama.
Sekarang ni dah mula sibuk nak berjalan dan sesekali nak berlari macam abang dia. Patut la orang kata , anak perempuan cepat matang tapi bagi aku , mana mana anak yang ada si sulung pasti akan cepat matang ..
Itu yang berlaku pada Zahra sekarang ni..Dan dia amat rapat dengan abang dia .. Sebab tu Qhaliff sering kena cakar kat muka dia bila bergaduh ! Hahahaha ..
Seperkara yang aku respek kat Qhaliff , dia beralah dengan adiknya ni kecuali.. JANGAN SENTUH BARANG AKU ! Memang siap laaa Zahra kalau nak amik mainan dia ..
Zahra dan kakinya.. Tangga dia dah leh panjat dengan cemerlangnya. Berjalan ke dapur dah selamba je sekarang ni. Di shopping mall pon dah leh berjalan berpimpinan tangan..
Tapi aku tetap nak dukung dia.. huhuh.. satu hari nanti , aku akan merindui semua ni bila diorang dah faham erti malu..