Bila dah dapat kaki..

by - Selasa, Jun 30, 2015

 

Terus terang aku katakan , Zahra lebih cepat matang berbanding abangnya. Dikala usia dia setahun lebih ni , dia nampak dah mendahului abangnya ketika di usia yang sama.

Sekarang ni dah mula sibuk nak berjalan dan sesekali nak berlari macam abang dia. Patut la orang kata , anak perempuan cepat matang tapi bagi aku , mana mana anak yang ada si sulung pasti akan cepat matang ..

Itu yang berlaku pada Zahra sekarang ni..Dan dia amat rapat dengan abang dia .. Sebab tu Qhaliff sering kena cakar kat muka dia bila bergaduh ! Hahahaha ..

Seperkara yang aku respek kat Qhaliff , dia beralah dengan adiknya ni kecuali.. JANGAN SENTUH BARANG AKU ! Memang siap laaa Zahra kalau nak amik mainan dia ..

Zahra dan kakinya.. Tangga dia dah leh panjat dengan cemerlangnya. Berjalan ke dapur dah selamba je sekarang ni. Di shopping mall pon dah leh berjalan berpimpinan tangan..

image

Tapi aku tetap nak dukung dia.. huhuh.. satu hari nanti , aku akan merindui semua ni bila diorang dah faham erti malu..

You May Also Like

8 comments

  1. sebagai ibu bapa tentu kita akan rindui saat2 anak2 kita kecil, dari itu hargailah setiap masa yang ada sekarang. mereka memang cepat membesar

    BalasPadam
  2. rindu je anak2 masih kecil, tambah... rindu je tambah...hehe

    BalasPadam
  3. aksi kejar mengejar ler lepas nie..
    hehe..
    memang bila dh dapat kaki susah betul nk dukung diorg,
    sama cam anak buah.

    BalasPadam
  4. cutenya..saya pun anak kedua walaupun boy memang cepat matang dan cerdik..agaknya learning by example by abang sulung tu yang cepat tangkap..

    BalasPadam
  5. sama ngan anak² perempuan Mas, semua cepat matang.. tp yg lelaki lebih sayang adik dia..

    BalasPadam
  6. lepas ni kene main kejar-kejar la

    BalasPadam
  7. anak kedua cpt matang dn berdikari..

    Anak2 cepat membesr..kene hargai peluang yg ada..

    BalasPadam