Sayangkan majikan , kerja rajin rajin !

by - Rabu, Jun 03, 2015

 

Isu staff MAS ditamatkan kontrak , dalam jangkaan ramai. Tapi yang membuatkan ramai terkejut ialah jumlah yang ditamatkan ! Hurmmm.. Ada yang meluahkan di Facebook mengenai isu ini terutama mereka yang dah berkhidmat bertahun lamanya ! Hurmm..

Aku merasai apa yang mereka rasai. Aku dah pernah kena dulu.. Kerja bagai nak rak.. Balik lewat malam.. Dengan harapan , diberi pulangan yang diharapkan !

Yer, bertahun lamanya menabur bakti.. akhirnya aku ditanya..

“ Ben , bila kamu nak berenti ? “

Ibarat halilintar membelah dada aku ni weh ! Dalam bilik meeting yang dihadiri ramai pegawai.. Malu ? Takde la.. aku memang nak berenti pon ! Dah naik bosan jadi hipokrit ! Aku dah memang sediakan jambatan untuk aku buktikan , aku tetap bernafas tanpa mereka !

image

Dan , aku kembali berjumpa dengannya tapi kali ni bukan sebagai orang bawahnya lagi ! Hehehe.. aku kembali sebagai orang yang bakal mengkritik apa yang aku nampak ! Hehehehe.. lama dah nak buat gitu tapi tak boleh ! Terikat gituuu..

Pengajaran yang aku dapat.. Jangan sesekali korbankan masa dan jiwa pada syarikat ! Tak berbaloi !!! Gi kerja , buat kerja sungguh sungguh.. Cukup masa , balik ! Dapatkan kehidupan sebelum kehilangan kehidupan !! Tau tau .. dah tuaa woiii ! Hahaha.. Baru nak jalani kehidupan ??? Aiseymannn..

You May Also Like

7 comments

  1. Buat baik berpada-pada.. So, buat kerja pun biarlah berpada-pada.. Bak kata org, itu semua duniawi!

    BalasPadam
  2. Setuju. Mass kerja buat kerja siap² sebaiknya. Tepat waktu balik, keluar. Cuma kadang² terbabas dek kena tahan bos or mesy last minute. Huhu.

    BalasPadam
  3. alam pekerjaan juga pelbagai dugaan...

    BalasPadam
  4. sy setuju dgn bro.. sy pon dulu berthn2 kerja bagai nak gile.. tp ape pon xde.. bos syg kroni2 je.. last2 sy keje buat mcm biasa je.. takyah kejar sgt keje tu.. cukup time kui 5 blk umah.. takyah nak keje blk lewat masa bkn dpt ape pon.. anugerah cemerlang bos tetap bagi kt kroni je..

    BalasPadam
  5. betul kata zizie zack..ini semua duniaaa hahahaha

    BalasPadam
  6. huhuhu..sentapppp... nekad la..pasni family 1st!!!!

    BalasPadam
  7. Betul lah cakap abg ben. Saya ni pun mcm tu. Punye lah nk kejar due date punye pasal sanggup balik lambat. Maklumlah masih bujang. Tapi hape pun xdapat. Lagi pulak company swasta. Memang anytime je boleh kene berhenti. Kena cepat2 siapkan kerja lain sebelum kena berhenti ni.

    Btw, terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam