Manusia semakin hilang kewarasan fikiran ?

by - Selasa, Jun 30, 2015

 

Bila kita baca berita pasal si bapa kandung dan si mak tiri menganiaya anaknya sendiri , kita rasa cukup marah dan geram ! Lalu pelbagai kata kata amarah dilemparkan terutama melalui keyboard ! Darilah berlapik hingga takde lapik langsung ! Ok la , aku paham akan perasaan tu. Aku pun marah gak ..Tapi ??

Tapi tahukah kita ada mata yang memerhatikan tingkahlaku kita ? Aku sendiri teringin nak melemparkan kata kata kejian , kritikan , kutukan tapi ‘terhalang’ .

Terhalang ? Yang pertamanya , terhalang sebab aku ni beragama Islam. Yang keduanya , orang tahu aku berkeluarga. Apakah contoh yang nak aku tunjukkan pada rakan lain ? Bukanlah hipokrit atau nak tunjuk ‘ jer.. tapi terpaksa jadi gitu ! Sekurangnya-kurangnya aku ada alasan untuk tidak bertindak jadi manusia yang lantang mulutnya !

Saban hari kita tengok pengguna media sosial yang takde insuran mulut ! Kita terlupa , kita ada keluarga.. kita ada anak ! Orang yang membacanya akan berfikiran begini..

Siannya anak dia dapat bapak / mak begitu perangainya ! “. Diorang jugak dapat tempias ! Pastu kalau ada yang jenis berdendam , siap la ! Tak dapat kasar , halus pulak permainannya .. Hurmm.. Realiti yang menakutkan dek kerana manusia semakin hilang kewarasan fikirannya !

Ada baiknya , kita berhati hati dengan jari jemari kita. Jangan tunjuk hero atau pahlawan sangat la. Walaupun kita rasa kita tu dah cukup bagus , kita tak tau camana perangai orang lain di luar sana tu.. Perangai yang tak boleh dijangka sama sekali !

You May Also Like

11 comments

  1. cian tgk budk tu..xleh tgk...kita pun ada jgk mrh kt ank2 tapi tak la smpai tahap cmtu ..nauzubillah

    BalasPadam
  2. Anak demam pun sedih dah. Inikan pula nak membantai smpai patah riuk. Tapi, siapa kita nak cakp lebih2. Semoga yang salah tu mendapat pembalasan. Kita sebagai umat islam lagi2 dlm bulan ramadhan. Jaga lah serba serbi.

    BalasPadam
  3. keyboard worior lagi hebat ^_^
    ye manusia semakin hilang kewarasan,

    BalasPadam
  4. keyboard worior lagi hebat ^_^
    ye manusia semakin hilang kewarasan,

    BalasPadam
  5. Saya sekadar baca tapi nak ulas kena fikir bebaik.. takut terkena diri sendiri balik..

    BalasPadam
  6. Betul apa bro cakap tu tapi tulah nama pun manusia kan, pagi ni pun saya luahkan kat blog..Rasa geram sangat, yelah kita pun tak perfect, tapi sebolehnya perkara yang berlaku ni bolehlah jadi tauladan dan iktibar pada kita semua..Eh tapi tetap geram dengan perangai manusia macam tuuuu

    BalasPadam
  7. rasa tersiat2 hati seorang ibu baca kisah anak ni..kenapa manusia semakin jahat..ya allah sembuhkan lah anak ini seperti sediakala..semoga si pelaku dapat balasan setimpal..hish geramnye la!

    BalasPadam
  8. Ya, kita baca untuk ambil iktibar. Sama-sama doa Allah pelihara anak dan keluarga kita. Allah is our caretaker.

    BalasPadam