Review Filem : San Andreas

by - Isnin, Jun 01, 2015



Hari ni aku nak rehat sambil nak cari idea untuk update blog. Dalam kepala aku ada dua.. Satu review filem dan pastinya filem terbaru dari The Rock , bintang WWE yang aku minat giler..  Setiap kali dia berlakon , aku mesti sibuk nak ke panggung ! Dan kali ni , San Andreas yang dengar ceritanya dah kutip berpuluh juta USD dalam beberapa hari tanyangan ! Dasat ! 

GSC Alamanda adalah tempat aku tonton sebab dekat ngan rumah aku.. hehehe .. Maka pagi tadi selepas selesai urusan di Floria Putrajaya , aku terus ke panggung. Amik show kul 12.05.. Harap harap filem ni berbaloi ! 



Hurm... ok , start.... lalala.. Ok , best... Hurm.. best.. Tapi ? Hurm... Alahai The Rock woiii ! Masih payah nak dapatkan feel dalam hati ada taman ! Tetap dengan 'macho' dia walaupun babak menyayat hati.. Haihhhhh ...

Filem ni memang best ! Aku dapat alami perasaan mengharungi gempa bumi dan disusuli dengan tsunami. Tapi kalau si The Rock ni lebih feel skit watak dia , aku pasti ramai akan mengalirkan air mata punya ! 

Keseluruhan bagi aku.. filem ni wajib tonton la ! Kesan khas dia pun dasat ! Dari filem ni aku belajar sesuatu.. Nyawa manusia ni rapuh ! Bila bila saja boleh melayang tanpa sebarang petanda.. Hurmm..

You May Also Like

1 comments

  1. Tapi The Rock pandaikan berlakon abang ben kan... banyak filem dia berlakon dah...

    BalasPadam