Bukan rezeki Zahra.. - BEN ASHAARI

Bukan rezeki Zahra..

 

Demam dia hari ni. Tetiba je suhu badan naik hingga 38 darjah Celcius. Sian dia.. Aku pun tekak dah tak sedap tambah dengan batuk. Wife selsema. Qhaliff.. dia sihat sejahtera ! Huhuh… Alhamdulillah.

Perancangan hari ni banyak batal.. Cuma mampu pergi ke Alamanda untuk beli barang dapur jer..Dan aku nak belikan basikal kecil untuk Zahra bermain memandangkan dia dok sibuk nak amik basikal abang dia..

Di Aeon Alamanda , jumpa satu.. Harga bawah RM100. Ambil dah letak dalam troli..

image

Sampai kaunter pembayaran , semua barangan dah dikira. Masa nak kira basikal Zahra ni , takde tag harga lak ! Try guna bar code , tak dapat detect. Wife tanya , nak amik gak ke ? Aku gelengkan kepala..

Aku rasa tu petanda.. Aku ajak gi Toy’s R Us lak.. cari kat sana.. Jumpa tapi rupanya… Dah ada satu kat rumah dan berada dalam stor !

image

Jimat duit ari ni ! Jimat la gak hampir RM100 kann… Huhuhuh..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.