Keranamu , Aidilfitri !

by - Isnin, Jun 22, 2015

 

Tahun ni balik raya Kelantan lagi.. Tiap tahun memang raya sana.. Hehehe.. Belah wife.. Belah aku , semua kat KL.. Memandangkan dah berpuasa di KL , maka beraya di Kelantan la pulak kan ? Kena adil dan saksama gitu..

Dan hari ni, aku gi servis kereta.. Dah cecah 100 ribu km ! Untuk tempoh 2 tahun lebih.. Gulp.. Berapa pulak kena kali ni.. Hurmmm… Demi keselamatan dan keselesaan , maka gi je la buat..

Sampai Tan Choong Motor jam 9 lebih.. Check dan check.. staff tu bagi tau kena tukar itu ini.. Aku pun iyakan jer la.. Uhuk… Dia tunjuk bil anggaran..

image

Perghhh… Tu diaaa.. Tak beraya la jawabnya bini aku tahun ni.. Aku ? Aku beraya jer.. hahaha .. Apadahal..

Aku send gambar ni kat wife.. Dia reply..

“ Fuh , berdebar ingat 700. Angka 1 macam 7 “.

Respon aku ? Terkedu. Baru tengok gitu dah berdebar.. Dia tak tau kot memang 7 !!! Aku jawab..

“ Er , memang 7.. bukan 1. Kalau 1 tu , servis basikal boleh la.. “

Pastu dia suruh bagi gambar penuh… Dan dia mula kira.. Bla bla bla.. Katanya kiraan tak betul ! Dia terus call centre dan tanya.. Rupanya tu bil anggaran jer.. Dia lega !

Dan akhirnya kereta siap.. Sebelum tu , centre ada call. Aku dapat agak dah kalau diorang call. Mesti ada penambahan pada kerosakkan..

Aku terkedu.. Gulp ! Mau pengsan kalau wife dengar penambahan tu.. Aku iyakan je la.. Demi keselamatan dan keselesaan. Aku tak nak kereta bermasalah dalam perjalanan ! Terpaksa terima dengan redhanya..

Aku bawak Qhaliff gi Tan Chong Motor kat Sg.Besi.. naik teksi.. Uhuk… Sampai je situ , terus ke kaunter.. Dan staff yang uruskan kes aku tu tunjukkan bil..

image

Nasib baik laaa baju anak anak tahun ni dah ditaja dek Mothercare.. Baju raya sekeluarga pon dah ada yang sudi nak taja.. Lega.. Kalau tak , memang guna tahun lepas je la.. Hahaha ..

You May Also Like

4 comments

  1. Belum merasa lagi penajaan penuh sekeluarga, setakat badan sendiri pon hanya dapat rasa tahun ni, tu pon masuk tahun ke 5 aku berblog. Apa pon yg baik-baik hanya untuk yg terbaik.

    bab keselamatan kena elert, jagan berkira sangat dan selagi mampu kita buat yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Servis kete mmg mahal. Kena stand by rm1k jgk kan. Bestnyer mothercare sponsor

    BalasPadam
  3. sama mcm hubby akak..nk blik Kelantan je mesti servis kereta..perjalanan jauh..keselamatan family yg penting...

    BalasPadam