Terlalu rugi dipersiakan..
Pernah satu ketika.. aku menangis. Tetiba terbayangkan kehidupan aku tanpa ibu dan ayah. Aku belum puas berkasih sayang dengan mereka.
Pernah aku terfikir..andai mereka terlebih dahulu pulang menemuiNya , sapa yang akan jaga aku dan adik beradik ku yang lain ???
Pagi ni .. aku tinggalkan lagi anak anak aku bersama kedua ibu bapa ku. Aku ada kerja yang perlu dilakukan.. demi mencari sesuap nasi utk mereka.
Si isteri , lemah longlai ke pejabat. Terlalu penat dan tidak cukup rehat. Kehidupan terlalu pantas dan padat.. Inikah yang aku kejar ??
Sarapan seorang diri di pagi hari. Memerhati mereka yg keluar masuk restoran ni dgn begitu segak sekali..Berpakaian kemas , mekap sudah pasti .. Utk kepuasan siapa sebenarnya ??
Dalam filem San Andreas yg aku tonton semalam , menginsafkan aku .. Ketika berlaku bencana , yg akan kita usaha utk selamatkan adalah ahli keluarga tercinta. Tapi di kala ketenangan , mengapa dibiar begitu saja ?
Alasan kehidupan perlu diteruskan , bagi aku mengarut. Sepatutnya , kehidupan perlu dihargai.. Jangan jadi hamba pada masa..
7 comments
benar...bila di pejabat teringatkan anak-anak. teringat banyak yang perlu diajar, diterap pada anak..tapi bila sampai rumah sudah terlalu penat..the cycle goes on..
BalasPadamsekarang ni dah ramai orang "TERPAKSA" jadi hamba masa dan hamba duit disebabkan oleh apa yang ada sekarang ini... Kalau bolehlah kan aben, memang nak kehidupan yang indah-indah jer, tapi apakan daya, perlu bekerja mencari sesuap nasi demi keluarga... Gaya hidup sekarang yang menjerat kebanyakan orang menjadi hamba... Hu hu hu....
BalasPadamsetuju... sangat setuju
BalasPadamMemang betul, kena hargai semua yang ada di hadapan mata kita. Tak kiralah ahli keluarga, rezeki mahupun harta benda.
BalasPadamrse sedih je hati bile pkir soal kematian..kehilangan..hrp kte akn sme2 hargai khidupan kte skrg
BalasPadammuhasabah diri yg baik :D Jika kita tidak mampu menghargai setiap hari, carilah peluang agar kita dapat hargai walaupun sekali, kerana tiada sesuatu pun di dunia ini bersifat kekal melainkan Allah SWT :)
BalasPadamsedih pulak rasanya pertanyaan itu....
BalasPadamuntuk siapa...??
jawapan pasti adalah untuk mereka yang kita sayang.....
takder ibubapa yang tak sibuk dan takder yang tak terpaksa demi "keluarga"