Di Jepun..sambil berdiri di dalam keretapi menuju ke Shinjuku...aku dan rakan rakan berbual mengenai masa depan anak anak dunia masakini. Di Jepun dan di Malaysia , masalah terhadap gajet ni dah hampir sama ! Satu topik yang sangat membuka minda dan memberi kesedaran walaupun dah berkali kali disedarkan !
Masalah ketagihan gajet pada anak anak kecik ni di Jepun sangatlah membimbangkan. Tu belum masuk cerita anak murid kurang ajar dengan cikgu... sama seperti di Malaysia ! Masalah demi masalah ditimbulkan dalam perbincangan. Cara untuk menyelesaikan , bukanlah mudah.
Segalanya bermula dari rumah. Yer , dari rumah ! Dan masyarakat sekeliling jangan la pulak jenis mudah menjeling ! Terutama bila di restoran. Si anak kecil buat bising atau duduk tak diam ! Si parents tak nak kasi gajet untuk diamkan mereka. Tapi bila tengok orang sekeliling mula menjeling... ada yang mengalah. Kasi je handphone. Terus diam. Kena jeling lagi ! Adoiiii !! Dah tu , ko nak suh buat apa ? Bangun dan balik ? Apakah restoran tu untuk mereka yang tiada anak atau anak dah besar je ke? Tu sebab aku kata.. masyarakat juga kena mainkan peranan. Senyum je la. Sila memahami skit!
Teringat anak anak di tinggalkan di rumah. Siangnya mereka dengan mak aku. Zahra mudah boring dan tablet akan dicarinya. Hurmm... Aku mesej wife. Tanya dia, apakah dia tinggalkan tablet di rumah mak ? Dia jawab.. dia tak bawak pun gi umah mak aku ! Huhuh.. Dia dan aku berbeza. Dia memang takkan kasi anak anak main gajet ! Lega. Satu perjanjian di buat. Tiada handphone ketika makan dan bila bersama anak anak.

6 hari aku di Jepun... aku balik rumah. Aku tengok Qhaliff dan Zahra. Aku nak tau apa yang mereka mintak pada aku dulu. Biasanya handphone tapi kali ni... krik krik... Lepas letak beg di rumah , terus gi makan di Putrajaya. Dan aku menanti juga.. biasa di restoran , Qhaliff akan mintak tapi kali ni.. takda dah ! Muka memang boring tapi dia tau , dia takkan dapat kalau mintak pon. Zahra , memang dah tak mintak.
Di rumah.. aku sorok semua tablet dan handphone aku yang lain. Biarlah mereka punggah permainan di dalam stor tu dari dok pegang dan layan youtube atau main game di hp ! Belum masanya lagi. Hurmm..
Baik menangis sekarang.. jangan kemudian hari ! Sebab tu aku kena merantau selama sebulan. Baru diorang lupa terus pada gajet ! Seminggu pun dah nak lupa.. kan kan ? Hahahaha.. Gi mana eh ? Pusing Eropah lak la.. kan kan ?