2017 JAL Business Development Trip : Hari 2

Hari kedua di Fukushima.

Awal pagi... bersiap untuk check out. Sarapan pagi aku , simple je pagi ni. Makan brokoli jer. Kenapa ?? Sebab aku pantang nampak brokoli ! Sayur kegemaran aku woo ! Dan aku nak rasa makan sayur segar dari ladang gitu. Yer , Fukushima antara pengeksport sayur brokoli ke negara kita. Heeee..
Dan buat pertama kalinya , hahahaha.. aku nampak pokok yang selama ni aku mampu tengok di Google dan juga wallpaper ! Terus aku 'bergambar' sekejap ! Teruja gitu.. hahaha.. Apa nak buat , kan? Dan nasib baik laaa ada rakan-rakan yang sudi amik gambar aku. Tak perlu la nak pegang monopod memanjang.. hehee..

Teruja ! Tu je aku mampu cakap. Impian aku nak tengok Autumn di Jepun , tercapai.
Destinasi pertama , ialah ke Goshiki-numa. Disitu ada 5 buah tasik di kaki gunung berapi Mount Bandai yang sangat cantik ! Kami tak sempat nak menerokai kesemua tasik tersebut. Hanya dapat tengok satu jer. Tu pun dah sangat cantik ! Di sini ada ceritanya yang cukup menarik untuk diceritakan pada pelancong pelancong yang datang ke sini.. dan ianya diceritakan oleh seorang 'penglipurlara' yang dah berusia.

Jika dia mampu bercerita dalam bahasa English , pastinya cerita mengenai tasik tasik di sini menjadi viral di media sosial.
 
Gambar di atas.. aku sedang menunjukkan batu di belakang aku tu ! Batu tu panjang nya 80 meter ! Dan ianya berasal dari gunung Bandai tuuu ! Haaaa..  tengok gambar di bawah ni. Belakang aku tu ialah Mount Bandai. 
Ok.. nampak gunung Bandai kat belakang aku tu ? Haaa.. batu tu berasal dari gunung tu la. Dikatakan batu tu ada di situ hasil dari letusan gunung berapi yang mana mengorbankan ramai penduduk dan beratus lagi lari duduk di kawasan tersebut. Dan ada banyak lagi cerita menarik mengenai tempat ni. Sebab tu kena datang bercuti di Fukushima ni , melalui agensi travel yang best. Dapat pakej menarik.. heheee..

Selepas puas bergambar di Goshiki-numa , kitorang dibawa ke Aizu Tsurugajo Castle. Di sana kitorang merasa pengalaman sendiri melukis Akabeko , lembu  merah yang juga mempunyai cerita yang menarik.  Boleh baca di SINI

Satu kejadian tak diingin berlaku pada aku di sini.. hahahaha.. Akibat terlalu leka amik gambar , aku terikut satu lagi kumpulan pelancongan lain. Nasib baik pegawai JAL perasan aku takda. Hahaha.. Dan tau ke mana arah aku pergi. Haahaha.. Cantik woooo sini !


Red Bull milik aku. Cantik kan ? Ha.. aku tau.. 

Ok... selesai melukis. Sementara tunggu kering catnya , kiorang di bawa ke istana Aizu Tsurugajo yang sangat menarik lagendanya di sini. Nasib baik tak boleh amik gambar. Kalau tak , entri ni penuh dengan gambar jer.. hahahah.. 

Dan di sekitar istana ni , pokok maple semakin cantik warnya. Huhuh.. Cantik sekali di sini. Semua pakat bergambar di sini. Hahahaha.. terlupa ingatan kejap memasing. Jadi model gituuu ! 






Rakan rakan dari trip ni juga teruja bergambar 

Ini baru view dari bawah. Kalau tengok dari atas , fuhhhh.. memang ternganga la. Kalau musim spring , tak tau la camana cantiknya kalau bunga sakura atau cherry blossom keluar.. huhu. Di dalam istana ni ada cerita mengenai sejarah dan latar belakang istana serta pegawai pegawai mahupun kisah hidup keluarga diraja istana ni. 




Cantik kan ? Aaaaa.. apa lagi ? Datang la sini musim luruh tahun depan. Tapi mengikut kata tour giude , kawasan ni , tak kira la apa musim sekali pun tetap cantik wooo... Huhuh.. nanti nak datang la masa sakura keluar... mesti cantik sangat kan kan ?

Ok... selesai sini.. Gi makan tengahari dan seterusnya ke kilang pembuatan Sake. Bagi mereka yang gemarkan Sake , pasti ini tempat 'terindah' mereka. Yer, orang Islam tak boleh minum sake yer. Tapi ilmu pembuatan sake ni bagus untuk aku juga.. sekadar ilmu jer.. sains gitu ! 

Makan tengahari 
Ok..Gambar bawah ni, kilang sake yang terkenal di Jepun.  Satu pengalaman berharga walaupun aku tak minum arak... heeee... 

Selesai lawatan ke kilang sake tu , terus ke Ouchi Juku. Ok.. serba sedikit mengenai Ouchi Juku ni. Ianya merupakan kampung kecil yang masih mengekalkan tradisi zaman Edo terutama pada rumah dan persekitaran kampung mereka. Saliran air yang korang nampak tu, bukan longkang yer. Tu air dari gunung lalu turun ke bawah menjadi sungai yang cukup sejuk. Kiranya diorang kat atas ni rasa dulu la.. hehehehe.. 

Cantik dan tenang je sini.











Dan satu lagi destinasi yang cantik sebelum ke hotel.... hehehe... Tonohetsuri Station. Jambatan yang menghubungkan stesyen landasan keretapi. Permandangan yang cantik di sini. 



Siap ! Jom balik hotel. Malam kedua ni , kitorang menginap di Listel Inawashiro. Sebuah hotel yang cukup cantik bila matahari menjelma ! Huhu... 


Ok... terharu dengan sambutan dari mereka ! Sangat peramah dan sangat membantu. Huhhuh.. Hari ketiga nanti aku cerita pasal hotel ni yer.. Satu hari yang cukup memenatkan tapi sangat berpuashati ! Tercapai impian aku akhirnya.. hehehe..

Korang patut masukkan Fukushima , tempat wajib untuk melancong ! 



18 ulasan:

  1. Aduh... Cantik indahnya ciptaan Allah di bumi Japan.
    Tengok gambar aben pun teruja excited. Beruntung Aben...
    Tunggu next story

    BalasPadam
  2. Seronok baca pengalaman Aben. Inshaa Allah jika ada rezeki nak juga ke sana. Mogavada ruang dan peluang. Aamiin

    BalasPadam
  3. Cantiknyaaaa,,, kat japan,,, dah
    ah musim luruhh

    BalasPadam
  4. Cantik! Berkenannya tgk daun daun warna gitu. Kampung tu pun, tenang ja nampak.

    BalasPadam
  5. SubhanaAllah, semoga one day huda pun dapat hirup udara segar di Jepun, dan nikmati keindahan Jepun. Memang best tengok semua gambar-gambar Aben..

    BalasPadam
  6. Tengok gambar pun dah cantik. Klu tengok live lagilah cantik. Moga satu hari nanti dapat jejak kaki ke situ

    BalasPadam
  7. Ya Allah..tengok gambar pon dah best..indahnya..

    BalasPadam
  8. Cantik nya.. YA Allah swt.. bila yanie lak nak kesana.. tenang je tgk keindahan yang dicipta oleh Allah SWT..

    BalasPadam
  9. Cantiknya pemandangan dia..hahaa..nasib ade perasan aben hilang..kalau tak..nangiss...lembu tu dari jauh macm oink..oink..hehehe

    BalasPadam
  10. Ya Allah.. Cantik nya.. Memang dah set dalam diari nk pergi Jepun kalau diberikan rezeki.. Nak bawak isteri dan anak2.. Amin.. #kemanakiteney

    BalasPadam
  11. Baca cerita pun dah teruja, kalau dapat pergi lagilah teruja. Memang cantik sangat Fukushima.

    BalasPadam
  12. Aben ke paling muda hikhik cantiknya yaAllah , air dia warna hijauu ..

    BalasPadam
  13. mesti best dpt jalan2 kt sini...

    BalasPadam
  14. wow! Indahnya dunia. nanti nak datang la Fukushima ni - masuk dalam wishlist dulu

    BalasPadam
  15. SubhanaAllah...tak terkata..baru tengok gambar...belum lagi jejak ke sana... Moga ada rezeki untuk ke sana..

    BalasPadam
  16. besnye dapat pergi jepon..one of my bucket list.. insyaALLAH next year..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI