2017 JAL Business Development Trip : Hari 1

Berakhir hari pertama. Satu pengalaman yang menarik sebab trip kali ni gunakan train untuk bergerak ke destinasi. Sememangnya mereka nak semua peserta yang terdiri trip kali ni merasai pengangkutan awam yang teratur dan pantas di Jepun. Yer , satu pengalaman yang best ! Aku tau , ramai dah rakan rakan yang pernah ke Jepun akan merasai pengalaman begini gak.. kan kan ?

Ok.. aku tak nak membebel panjang. Tapi untuk entri gini , aku cerita ringkas jer. Nanti aku cerita lagi lengkap mengikut tempat yer. Er, nak kata lengkap giler tu tak la.. tapi kira puas la nak baca gak. Hehehe.. Ok ? Bukan apa.. aku taip entri ni di kala rakan lain berehat. Banyak aktiviti lagi di hari mendatang.
Hari pertama.. selepas mendarat , terus naik Skyliner untuk ke Ueno. Dari Ueno ke Fukushima dengan menggunakan Shinkansen. Dua jenis train yang berbeza yer. Tak sama rupa. Hehehe… Yang menarik ialah rupabentuk train tu. Teringat aku pada haiwan zaman dinasour.. platipus ! Hehehe.. Perjalanan ke Fukushima dari Ueno mengambil masa satu setengah jam. Sempat tidur jap. Hehehe..
Whoppps ! Bukan yang ni, tau !
Tapi yang ini haa ! 
Untuk menggunakan perkhidmatan keretapi yang merupakan antara pengangkutan utama di Jepun ni, korang perlu fahami peta dulu. Jangan main redah naik jer. Baca peta laluan dulu. Kalau tak tau , sila bertanya. Cuba bahasa English dulu. Kalau diorang jawab dalam bahasa Jepun , tunjuk je tiket tu. Bagitau mana nak gi. Kalau tak tau , sila guna kamus alih bahasa.. Heeee.. 
Untuk pengetahuan , train datang ikut waktu yer. Bukan ikut tekak pemandu tu yer. Maka , sila bersedia di landasan yang sepatutnya , lebih awal ! 
Macam Erl ke Klia jer. Tapi mereka berdisiplin. Beg letak ikut tempat yang disediakan. Jangan letak kat kaki korang tu.. 
Sampai Fukushima , ada bas tunggu dah. Bagus gini. Biar kita tunggu orang. Jangan orang tunggu kita apatah lagi orang tu adalah pelanggan kita.. kan kan ? Bas ni nanti adalah  bas yang akan digunakan untuk sepanjang kitorang berada di Fukushima. 
Cantik , bersih bas ni. Ada free wifi lagi ! Huhuhu... Senang nak buat kerja. Boleh posting gambar dan video dengan pantas sekali. Suka sukaaa ! Suhu sekitar belasan darjah celcius jer. Sejuk tapi tak menyengat sangat. Best ! 

Bersih je bandar ni walaupun baru je bangkit dari kemusnahan.
Destinasi pertama ialah Fukushima Prefecture. Tak jauh pon dari stesen Skyliner tadi. Dalam setengah jam perjalanan jer. Tak sampai rasanya  kot ? Hee… Leka tengok bandar Fukushima yang semua orang tau mengenai tragedy nuklear pada tahun 2011. Itu cerita lama. Bandar Fukushima telah bangkit kembali dan makin berkembang dengan pantasnya. Tapi kali ni cukup menawan sama sekali. Tak sabar aku nak jelajah !
Di Fukushima Prefecture , kitorang diberi taklimat mengenai bandar Fukushima dan juga berkaitan kepentingan ekonomi Malaysia pada bandar tersebut. Buat pengetahuan korang , negara kita mengimport beberapa jenis produk dari Fukushima. Antara buah peach , brokoli  dan beberapa jenis lagi sayuran. Radiasi ? Heheee.. Jangan risau.. pihak berkuasa Jepun dan Malaysia sering memantau sayur serta buahan yang dieksport ke negara kita.

Macam Jason Stathom pun ada gak. Hee.. Peramah giler orangnya.

Sedap
Selepas ‘bertukar-tukar’ kad bisnes , kitorang bertolak ke ladang epal yang mana antara tarikan trip kali ni. Dan ternyata sekarang adalah musim pokok epal berbuah. ! Setibanya di ladang epal tersebut , aku tersenyum. Wowww ! Tu je aku leh kata. Aku yang gemarkan epal dari dulu lagi memang akan teruja la tengok buah epal yang sedang masak ranum di depan mata yang menanti masa untuk dipungut jer ! 
Jujur aku kata, buah epal merah di sini memang rangup dan sejuk ! Macam dalam peti ais ! Basuh, dah terus jer ngappp ! 
Geram je tengok buah buah ni.. 

Kerana epal , kitorang masuk tv Jepun. Rezeki la.. muat muat je kitorang masuk dalam tv tu ! haha..



Macam budak budak jap perangai..
Tiba-tiba aku ternampak salah sorang rakan makan epal hijau ! Aku tak leh nampak epal hijau. Hahahaha.. Aku lagi gilakan epal hijau berbanding merah. Terus aku rasa sedikit. Perghhh… memang sedap ! Rangup. Masam skit tapi manis banyak ! Haa.. camana tu ? 
Hahaha.. Semua pakat beli dan nak bawak balik kecuali aku. Kenapa ? Hahahah.. Pengajaran buat aku.. jangan kasi penuh barang kat tangan atau akan kehilangan barang ! Maka... aku bergambar kenangan je la..
Selesai ‘urusan’ di sini. Bergambar sudah. Masuk dalam berita Jepun pon dah.. hehehe.. tak sangka gitu ! Hahaha.. Dah tengok kan ? Ada kat Instagram aku. Hee.. Ok , bertolak ke Bandai Azuma Skyline. Aku ingatkan apa la sangat kat sini ? Tengok pokok pokoknya pon dah luruh daunnya. Kalau ada , mesti cantik dan rakan pembaca dan juga Facebook mesti jeles tengok punya. Hahahhaa…
Dan tak sangka.. Badai Azuma Skyline ni adalah antara kawasan tarikan pelancongan di sini dan boleh trekking. Ini kali pertama aku memanjat bekas gunung berapi ! Dapat tengok bekas kawah gunung berapi.. dah meletus dah ! Hahaha.. rezeki ar.. Batu batu kat situ memang lain skit. Nak bergerak pun kena hati hati. Silap langkah , leh terseliuh buku lali. Dengan suhu yang cukup buat rasa nak bernafas pon susah… angin lagi , aku rasa macam tak berjaya je nak sampai atas. Tapi bila nampak ‘si nenek’ rileks je berjalan bersama cucunya , ini sudah lebih ! Hahahahah.. Dia boleh , aku tak boleh ? Melampau aihhh..


Dan berjaya juga naik ! Satu kejayaan peribadi. Aku beli poskad gambar kawah ketika masuk dalam kedai cederahati. Kalau tak perasan poskad tu , aku tak tau pun tu bekas kawah berapi ! Hahahahah.. Serius! Keterujaan aku di situ membuatkan aku tak nak tau apa apa ! Hahaha.. Sangat menarik permandangan di situ.
Ok… tak lama kat sini sebab hari makin gelap. Nak naik tadi pun , jalan rayanya mencabar. Nak turun , jika gelap memang merbahaya sebab tak da lampu jalan. Kalau tak pakar , jangan memandu di sini. Huhu.. silap sikit , memang ke gaung la jawabnya. Destinasi seterusnya ialah ke Urabandai Royal Hotel. Sebuah hotel lama tapi ramai je pengunjungnya. Bilik ok.. luas. Layanan tip top. Makan malam di sini. Kena tanya pengurus bahagian untuk pastikan makanan mana yang boleh di makan atau tengok jer .Heee.. Ada banyak je pilihan.
Aku tak sempat nak explore hotel ni kerana kesuntukan masa. Tapi yang pasti , hotel ni memang best untuk stay jika nak ke Fukushima. Sejuk. Selesa jer.. 
Konsep hotel ni menarik. Ada 'hiburan' untuk suami , isteri dan anak-anak.

Jam 830 malam… aku naik atas. Banyak kerja nak buat. Nak rehat jap. Hari ke dua , akan lebih banyak aktiviti…  Jangan lupa ikuti aku di Facebook dan Instagram.  Like dan Komen tau !! 

9 ulasan:

  1. wahhh..bestnya...teringin nak pi jgak..lagi2 yg kat bekas gunung berapi tu.. #masukwishlistjugak

    BalasPadam
  2. wah bestnya
    . tinggi kot bukit tu, tahniah berjaya mengharungi cabaran tersebut. Apple tu pulak nampak sangat best.

    BalasPadam
  3. Nasib baik muat masuk tv Jepun ehhh hahaha

    BalasPadam
  4. best yer, banyak pengalaman baru dapat melawat negara orang.

    BalasPadam
  5. Ok super nice aben.. fuhhh.. nak g jgk plsss

    BalasPadam
  6. waah! tetiba rasa kagum pulak Ben buat entry panjang. hehe

    BalasPadam
  7. Kalau saya dah borong dah buah epal tu, hehehee! Tapi serius cantik arr Fukushima, ada rezeki nak jugak pergi.

    BalasPadam
  8. Makanan dorg nampak sedap huhu bestnya makan epal fresh dari ladang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI