Menjemur pagi ni. Cuti panjang lepas , wife uruskan. Hahaha.. Bukan malas tapi saja kasi dia bersenam. Eh ? Boleh gitu alasan ? Hahaha.. Takda la. Ada je aku jemur cuma tak bergambar kenangan jer. Heee...
Raya dah hampir. Ada kawan yang private message nak pinjam duit. Serba salah dibuatnya nak kasi ke tak ? Bukan kedekut tapi kita ni pun kais pagi makan pagi. Kang kasi pinjam , tak dibayarnya. Jenuh nak mengejar. Sampai tahap tebalkan muka la gitu. Kalau bayar , berzaman baru dapat. Kalau jenis yang kita kenal memang ok orangnya, takda la masalah. Kan kan ? Dah tu camana ?
Nahh... di satu web ni , ada ajar camana nak buat perjanjian mudah dengan kawan kita yang nak pinjam duit dari kita ni ! Haaa.. Bagus gak !! Diajar oleh seorang peguam gitu...
Dari web Remaja.My aku kongsikan caranya :
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah : Pada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
Nyatakan jumlah pinjaman: Contoh: Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
2. Cara bayaran bagaimana? : Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama? JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
3. Masukkan terma pengingkaran : Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
4. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
5. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Info mengenai cara nak ikat kawan kita ni , datangnya dari Puan Zabetha. Terima kasih banyak banyak la yer. Bukannya apa... kadang kadang , bila nak dipinjam , pelbagai janji manis ditaburkan. Tak tolong , salah. Tolong pun nanti kita gak yang pening kepala. Kan ?
Moga perkongsian dari Puan Peguam kita ni bermanfaat. Tak bayar kalu , see u in court bebeh !