Tak sanggup aku terlepas sahur lagi !
Kelmarin aku gi gym lewat malam bersama seorang rakan. Workout kaw kaw punya. Tidaklah setahap Sazali Samad punya workout tapi bagi aku , agak berat gak la.Hee... Berpeluh dengan banyaknya.
Dia punya penat , jangan cakap la. Memang rasa macam balik ni nanti nak makan banyak banyak kat rumah ! Haaa.. terbayang nasi goreng seafood yang wife masak gituuu..
Sampai umah jam 2 pagi. Lepak kat McDonald's sebelum tu. Layan burger kecik satu. Ok la sikit untuk pulihkan tenaga. Dan di rumah , mandi..solat. Pastu layan video di handphone. Pastu ada la aktiviti tambahan untuk orang dewasa sebelum tidur ! Nahhhh.. tertidur jam 3+ pagi !! Plannya nak sahur terus di jam 5 pagi dengan tak nak tidur lagi !!!
Sekali... wife kejut !
" Bang... dah terlepas sahur dahh ! ". Katanya mengelabah. Aku pun tepuk dahi. Mampus aku.
Buat pertama kali aku terlepas sahur. Biasanya sahur aku akan bersama kurma , pisang dan susu kambing Lazz secawan atau protein cinch untuk pastikan bekalan tenaga hingga ke petang. Memang cukup dah. Siap petang tu aku boleh workout ringan ringan di rumah !
Beli dengan Ustaz Nizam
Lepas Subuh, aku tidur jap dek kerana masih terlalu penat dan mengantuk sangat. Jam 8 pagi , anak anak kejut. Aku kena gi Cheras untuk amik kereta. Terhoyong hayang aku. Badan terasa panas. Loya tekak dan dahaga.
Ah , sudahhhh !! Awal lagi ni. Camana nak harung hingga ke petang. Dan di Cheras , rumah mak aku.. setibanya di situ terus aku tangkap tidur. Aku tak leh bukak mata dah dek sebab terlalu pening kepala.
Mesej pada wife...
" Rasa cam nak bukak puasa jer. Pening. Nak makan ubat. " Ayat aku pada wife. Dia kata ikut jer. Sebab aku nak kena memandu pulang. Namun aku cuba bertahan. Aku tidur jap... Hujan mula turun dengan lebatnya di rumah..
Demam dah aku. Selepas Asar , hujan dah reda. Aku nekad untuk pulang jugak. Bukan apa.. wife dah masak. Kalau aku tak balik, sapa nak makan makanan yang banyak banyak tu ?? Alhamdulillah.. selamat tiba di rumah. Lepas berbuka , aku telan panadol 2 bijik. Solat , pastu pakai pakaian tebal serta stokin. Tidur ! Sedar sedar berpeluh peluh aku. Demam dah kebah !
Selepas insiden tu , memang aku dan wife cukup berhati hati pasal sahur ! Hahaha.. dia pun takut terlepas. Bukan nak makan berat macam nasi tu... memang setakat ni tak amik nasi sewaktu sahur pun. Cuma nak amik keberkatan sahur dan juga tenaga yang cukup tapi tidak melampaui batas makannya. Ala kadar tapi cukup. Heee..
Ni waktu aku menaip entri ni... aku baru lepas sahur di hujung waktu. Ada 4 minit sebelum tamat waktu sahur ! Hahahaa.. kelam kabut makan. Laju jer. Hee.. nasib baik sempat. Tak sanggup terlepas sahur lagi ! Dah la cuti ! Kang nak gi The Curve. Tak sahur kalu , memang tak gi la !!!
Oh ya... kesan dari diet tu memang best la... Hee.. Menjadi la jugak , kan ? Hee..
3 comments
Bulan Ramadhan ni takut-takut nak tidur..risau terlepas sahur..lagi satu kami sama-sama set alarm yang vol paling tinggi...hihi..moga sampai akhir Ramadhan dapat bangun sahur.Aamiin.
BalasPadambulan ramadhan ni kalau boleh berehat dlu dr pg gym, lg elok malam2 tu pg terawih 20 rakaat. Lepas terawih, lepak2 jap dalam sejam pastu tido
BalasPadambulan ramadan bukan alasan untuk malas. Terawih buat . senaman pun buat. Aku ada alasan kenapa kena buat gak.
Padam