Terkena jugak aku dengan ' Groulier'! - BEN ASHAARI

Terkena jugak aku dengan ' Groulier'!


"Bang.. Cepat gi bergambar kat situ."  Pinta wife. Aku tau niat bini aku ni  Dia nak tunjuk kat Qhaliff la tu jap lagi. Sapa suruh tak nak ikut balik semalam. Haaaa... Kan dah nganga tak dapat bergambar dengan Bumblee  Bee.. Karektor feveret Qhaliff.

Ada beberapa 'buah robot' di situ. Tertanya gak aku.. Promosi apa lak kali ni dan sapa punya ?? Aku pun keluarkan Samsung Note 9 aku dan serahkan pada wife.

Tiba tiba datang seorang wanita menyapa aku. Aku tengok baju dia. Ooooo.. Patut laaa.. Terkena dah umpan diorang. Sebelum ni menolak je aku sebab dah pernah di interview termasuk anak anak aku. Dan serius menyampah gak ketika tu. Caranya memang merendahkan anak anak aku. Dan satu lagi  memang tak nak tambah komitmen nak bayar bulan bulan. Hurmmm..

Agak beria dia ajak dan aku terpaksa tegas dengan jawapan aku. Akhirnya dia mengalah bila dapat tarik orang baru. Huhu.. Terlepas aku. Risau sebenarnya  Risau jika jawapan aku kurang ajar walaupun dah berkali menolak..

Biasanya jika aku didesak , aku akan senyum dan jawab...

" Saya tak mampu nak bayar bulan bulan. Mahal ! ". Terus senyap. Dan nampaknya bukan aku je yang 'takut' dengan Grolier ni . Ramai jugak.. Hahahaa.. 




2 ulasan:

  1. teka tekinya..berjaya tak jeleskan Qhaliff..atau tak jeleskan Qhaliff sebab risau nanti Qhaliff lebih fikir daddy tak sayang dia..next entry..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.