Rakyat Malaysia diajar supaya makin sombong dan pentingkan diri sendiri !

by - Ahad, Mei 12, 2019

Nasib baik kereta ni bercermin agak cerah.

Inilah masalah yg dihadapi aku setiap kali nak keluar dr simpang. Jika kenderaan di sebelah aku tu bercermin gelap, aku tak boleh nampak kenderaan dr arah kanan kecuali aku kena majukan lagi kereta aku ke hadapan yg mana melebihi garisan dan ini boleh membahayakan aku pula kerana kenderaan dr belah kanan biasanya memang laju laju. Jika bas atau lori lalu, boleh kena sapu begitu saja. 

Kebenaran bercermin gelap pada kenderaan persendirian seperti membenarkan kita berdunia kita sendiri.Orang luar tak nampak apa kita buat. Dan orang di dalam boleh buat apa saja sebab orang luar tak nampak ! Seperti aku pernah naik kereta seorang kawan... katanya begini setelah membuat pemanduan yang agak bahaya..

" Ala... biarlah. Bukan diorang nampak pun sapa pemandu dia ! ". 

Terkedu aku. Dan begitu juga aku kena baru baru ni selepas pulang dari masjid. Aku yang memandu berhati hati kerana ada banyak motor di hadapan aku, ada sebuah kereta bercermin gelap di belakang aku yang mengikuti begitu rapat ! Kalau aku brek mengejut , pastinya akan dihentam dari belakang. Kelam kabut aku dibuatnya. Pantas bagi signal dan masuk ke lorong kiri. Dia memotong dengan lajunya. Tapi cuma nak masuk ke simpang perumahan berhampiran jer ! Dan aku tak tau sapa yang memandu kereta tu. 

Tu belum part angkat tangan.. senyum... melambai tangan... Dan pastinya tak nak amik tau dah apa yang berlaku dalam kereta bercermin gelap.. sekiranya kereta tu 'bergoyang' dengan sendirinya. Apa yang berlaku dalam tu , takda sapa tau..

Yer.. privacy gitu ! Aku pun malas nak tengok kereta bercermin gelap ni walaupun aku kenal empunya punya kereta tu. 

You May Also Like

1 comments