Bersembang dengan abang Grab pasal kemalangan kereta !

by - Sabtu, Mei 18, 2019

Selepas solat Jumaat semalam , aku terus bergegas ke Balai Polis Jalan Bandar untuk mendapatkan keputusan kes eksiden aku yang lepas. Sepatutnya Isnin hari tu dah gi amik tapi disebabkan sistem PDRM ada problem , maka kena tunggu sampai pulih dulu dan ianya makan masa berhari juga. 

Untuk ke sana , aku amik Grab. Ikutkan naik MRT lagi mudah tapi aku perlu berjalan kaki dalam 15-20 minit juga. Dengan puasa serta kepanasan , rasanya aku baik aku amik Grab jer.  Alhamdulillah , tak sampai 10 saat aku request , dah ada pemandu yang sudi accept

Dalam kereta , aku berbual dengan pemandu. Memang aku suka berbual dengan mereka sebab kebanyakkan mereka ni , bukan calang calang orang. Seronok dengar cerita mereka. Dan cerita semalam sedikit membuatkan aku cuak ! Hahahaha.. 

Perbualan kami berkisarkan pengalaman eksiden dan masalah yang dihadapi ketika membuat laporan di balai trafik. Aku senyum je la. Gitulah di Malaysia. Payah ! Pi mai pi mai tang tu ! Tapi yang membuatkan aku cuak tu bila dia kata...

" Kalau kita buat report , orang tu tak buat report , kerosakkan kita tu ditanggung kita sendiri ! Tak boleh nak claim atas insuran dia ! Saya sudah kena itu hari. Rugi kita woo.. ".

Aku tercenggang ! Yer tak ye gak kan. Kalau dia tak report , camana pulak ? Aduh.. Aku terlupa part ni. 

" Abis tu orang tu camana ? ". Tanya aku. 

" Dia kena saman saja lor.. ". Jawab dia ringkas. 

Hah ????? Takkan kot ??? Adoii... letih ar gini ! 

" Buat penat kita saja pergi balai berulang kali. Masa nak buat report tu pon kena cakap betul betul. Salah cakap , u yang kena. ". Katanya lagi. 

Hurmm...  Aku pulak terlupa amik no telefon si pemandu tu. Tak pe la.. Redha je la kalau orang tu tak buat report. Malas nak kusutkan fikiran. 

Sampai balai polis. Jumlah perlu dibayar , RM9. Aku kasi RM10. Memang perangai aku begitu. Kasi lebih supaya dapat menaikkan semangat dia ditambah lagi dengan keramahan serta corak memandu yang berhemah. Kiranya aku selamat tiba di bawah pemanduan dia. Hehehehe.. Tanda terima kasih juga.


Jam menunjukkan 2.20 petang. Jumpa anggota bertugas. Katanya 2.45 baru staff terlibat akan masuk. Hari Jumaat kan ? Hee.. Tunggu je la. Dan masanya telah tiba. Aku pergi amik no giliran. Tak sampai setengah jam , urusan selesai. Aku dapat keputusan kes. Senyum lega. Alhamdulillah. Bagus orang tu. Dia turut buat report jugak. 

Teringat masa kemalangan berlaku... aku turun dari kereta , dia pun begitu jugak. Aku salam dengan dia. Amik gambar kereta masing masing. Road tax , no plet. 

" Kita report balai je la. Claim insuran. ". Kata aku pada dia. Setuju. Cakap baik baik. Tak guna nak gaduh gaduh. Yang penting , masing masing selamat ! Dan Alhamdulillah , ianya dibalas dengan baik. Kan senang gitu. 

Balik dengan hati yang tenang.


You May Also Like

1 comments