Mikraj-Mencari Sebuah Jawapan

by - Ahad, Mei 12, 2019



Lirik : Mencari Sebuah Jawapan

Berkali kali aku bermimpi
Sejadah dan juga tasbih
Waktu seakan memberitahu
Kehidupan dunia hanya sementara

Tangan dan kaki seakan terkunci
Untuk melangkah ke rumahmu
Walau suatu ketika dulu
Tiba lima waktu disitulah aku

Siapa tuhanmu siapa pula nabimu
Kalimah ini pasti muncul
Bergetar sekujur tubuh membisu
Persiapkah kamu sebelum datangnya izrail

Apa kiblatmu siapakah imam kamu
Terketar tubuh membeku
Siapa saudaramu sewaktu hidupmu dulu
Mampukah aku jawap pertanyaan

Artis.          :  Mikraj
Komposer :  Sham Mikraj
Lirik.            : Fazz Mikraj
Susunan
Muzik.         : Sam Daud
Penerbit.    :  Sham Mikraj
Publishing. : Emthree Publishing
Syarikat
Rakaman.   : S.A.Y. Production Entertainment


Mikraj dengan lagu berkonsepkan dakwah  bertajuk 'Mencari Sebuah Jawapan' , menarik minat aku. Aku bosan nak layan lagu lagu zaman sekarang yang bercampur aduk bahasa. Dalam bahasa Melayu tetiba ada bahasa asing dalam tu ! Eh ? Moden katanya.. Adehh... Moden la sangat ! 

Lirik yang mudah dihafal tapi menusuk jiwa. Mengingatkan aku pada lagu lagu dakwah kumpulan rock kapak tahun 90an. Memberi kesan jika dihayati dengan mendalam. Takda la nak menyanyi sekadar menghibur hati je, kan ? Dalam menyanyi , kita beringat dan mencari kekuatan diri.

Mikraj diilhamkan oleh dua sahabat pada tahun 2015 yang mana muzik mereka berkonsepkan dakwah melalui muzik. Nama band ini sudah berkali kali tukar agar dapat disesuaikan dengan konsep muzik mereka. Akhirnya Mikraj jadi pilihan yang mana bermaksud sebuah perjalanan agung.

Perjalanan mereka bermula dgn pencarian penyanyi atau vokalis yg sesuai utk membawa lagu lagu mereka.Bukan mudah. Ramai yang berminat namun belum berjaya disesuaikan dengan mereka. Dengan izin Allah, mereka bertemu kembali dengan sahabat lama mereka yang dah hampir 10 tahun tidak bersua muka yang seterusnya menjadi vokalis mereka. Vokal Mus Genji amat sesuai dengan Mikraj.

Mikraj bukanlah band muda dan mentah ! Mereka sudah berpengalaman dalam bidang ini. Tujuan MIKRAJ hanyalah ingin menyampaikan dakwah dan mengajak semua umat islam menuju ke jalan ALLAH. Dan single mereka ini , bagi aku memang cukup padu. Rasanya seperti akan ada kesinambungan pada single ni ! Kenapa aku pikir gitu ? Dalam mencari jawapan , perjalanan bukanlah semudah yang dijangka. Pastinya ada liku liku dan cabaran.

Semoga Mikraj berjaya dalam usaha mereka dalam mengembangkan muzik dakwah. InshaAllah.

You May Also Like

11 comments

  1. Lirik lagunya menusuk ke kalbu. Tahniah dan semoga terus suksess

    BalasPadam
  2. mereka berkonsepkan dakwah melalui muzik, un doakan ianya dirahmati Allah swt dan sentiasa dipermudahkan

    BalasPadam
  3. Semoga makin berkembang dakwah mereka melalui music

    BalasPadam
  4. Baru dengar... Suka bait bait lirik dia. Tahniah Mikraj!
    Moga terus sukses

    BalasPadam
  5. Melodi dia menusuk jiwa , kalau duk sorg2 boleh nangis hurm dunia sementara tapi kdg terlalu kejarkan dunia , semoga pengakhiran yang baik nanti

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada kumpulan Mikraj..Lirik dan lagu yang mampu menyentuh hati walau dalam genre rock.. Dakwah melalui lagu.. Tahniah sekali lagi..

    BalasPadam
  7. Semoga kumpulan ini terus sukses

    BalasPadam