Alatan tulis sering hilang. Apakah misterinya ? - BEN ASHAARI

Alatan tulis sering hilang. Apakah misterinya ?

Awal pagi wife dah bising. Baru je beli pembaris , pemadam dan juga pensil. Yang tinggal cuma pensil.. tu pun sebatang. Yang lain, entah kemana mereka berhijrah ! Menariknya , ianya cuma berlaku pada Qhaliff saja. Tidak sama sekali berlaku pada Zahra sebab Zahra sangat menjaga barang barangnya ! 

Ok.. kita ke Qhaliff ! Isu kali ni berkenaan Qhaliff. Zahra , tak da isu sebab aku tak tau apa yang berlaku pada Zahra. Bila aku tanya, jawapan dari dia sama je dari awal tahun.. 

" Aara belajar apa ari ni ? ". Tanya aku.

Jawapan sama dari dia bermula awal persekolahan  hingga 7 Mei  2019 ialah.. 

" Peter , Jane , cat , dog ,shop and toys. Tu jer. ". Penuh keyakinan !  Mampu tepuk dahi. 

Haa.. Qhaliff.. Isu dia ni memang berlaku pada anak anak di Tahun 1 ! Bagi duit sekolah , diorang shopping kat kedai buku. Dibelinya menda menda yang tak perlu. Puas nasihat tapi macam tak jalan. Faham , faham tapi buat juga. 

Minggu lepas , masalah Qhaliff ialah pakaiannya sering kotor setiap kali aku jemput dia . Bila aku tanya , dia bagitau kenapa boleh kotor. Awal dulu aku marah la gak tapi bila dah hari hari kotor , aku rasa cam sesuatu tak kena. Aku suruh dia elakkan bermain dengan kawan dia tu. Dan ada ada perubahan.  

Tapi masalah alatan tulis hilang ni , aku rasa ianya pun berlaku pada aku dulu. Heeee.. Sampai sekolah menangah. Harta sering jadi hak milik orang. Rasanya sampai tahap tulis nama sendiri pada pemadam mahupun pembaris ! Pensil tu , memang kerap la gak hilang. 

Qhaliff bagitau puncanya. Wife bebel. Kena belajar jaga barang dan hargai. Qhaliff diam. Aku pujuk. Tak pe la.. Ada sebab tu kenapa dia biar. Aku memang larang dia bergaduh atau pukul orang terutamanya perempuan di sekolah. Kalau budak tu nakal , bagitau cikgu je. Rasanya , aku kena mintak cikgu dia tukarkan tempat duduk sebab katanya , budak sebelah dia sering pinjam alatan tulis tapi tak dipulangkan malah pemadam yang baru dibelinya , budak tu gunting ! Huhuhu.. Redha je la.

Wife masih pot pet tanpa had laju. Aku malas nak bising pagi hari. Nanti mood nak sidai baju takda. Aku suruh beli je baru di kedai buku. Nampak mudah tapi tidak sebenarnya. Hahaha.. Nasib kamu la nak. Ibu dia lak yang hantar pagi ni. Heeee... pedih la telinga dalam kereta. 

4 ulasan:

  1. Nanti dah dewasa Qhaliff baca semula yang daddy Qhaliff share ni..mesti senyum sendiri..imbas semula apa yang ibu nasihatkan ya..

    BalasPadam
  2. Bab alat tulis ni mmg terjadi gak akt anak2 lya . Selalu kena beli baru . Kalau pemadam tu jgn mimpi la tak ilang. Mmg kena beli sekotak terua senang klau ilang takyah gadih2 nak kena g bli..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.