Hilangkan kelesuan , ketegangan mahupun sakit sakit badan di e-Genki

Stress akibat jaga anak dan tekanan kerja ? Atau nak hilangkan ketegangan pada anggota badan akibat terlebih bersenam ? Atau saja saja nak jaga tubuh badan supaya kelihatan muda senantiasa ? Kira cam awet muda laaa ! Ada banyak cara di Malaysia ni. Dan aku dah cuba beberapa jenis. Semua ok. Ada kelebihan masing masing. Yang terbaru , aku cuba pula e-Genki di Heathland Family Wellness Centre yang terletak di Taman Segar , Cheras.

Sejujurnya ketika menerima pelawaan tu , aku tak tau sama sekali mengenai urutan serta rawatan e-Genki ni. Aku cari info di Facebook e-Genki . Tertarik ditambah pula bahu aku sedang sakit sangat akibat tersalah angkat besi minggu lepas. Heeee.. Nak tau gak kesan jika lakukan e-Genki ni.. 



Apa itu e-Genki dan keistimewaannya ? 

Dengan mengabungkan urutan tradisional cina dan terapi moden meridian bioelektrik e-Genki mengesan masalah masalah yang ada pada tubuh badan  kita seperti bahagian otot atau sendi yang bermasalah dan membantu memperbaikinya. Menggunakan tenaga elektrik yang rendah bagi merangsang saraf serta otot seterusnya menyegarkan kembali serta menyihatkan tubuh badan. 

Selain itu , rawatan atau urutan yang dilakukan mampu memberi kesan kesan positif pada tubuh badan seperti memperbaiki perjalanan darah , memulihkan kembali sel dalam tubuh badan dan juga saraf , sistem pencernaan , memperbaiki masalah keradangan , masalah tekanan , keletihan dan juga mendetoks badan kita.





Dan yang lebih istimewanya , selepas urutan dibuat.. rawatan Mud Balm pula dilakukan. Dilumur di bahagian belakang dan dibiarkan selama sejam. Terasa kehangatan dan segar sangat ! Seolah olah darah bergerak dengan lancar jer selepas tu..




Nah... aku sendiri telah merasainya selama 2 jam di cawangan Taman Segar , Cheras. Ternyata tak cukup 2 jam !! Tapi kesannya tetap bagus. Sepanjang hari selepas tu seperti ringan sangat badan. Jari jemari yang selama ini lenguh dan letih akibat terlalu banyak pegang telefon pintar dan menaip di laptop , rasa segar kembali. Leher dan bahu , sangat laaaa lega ! Terasa tiada beban dah dipikul ! Huhuh.. 

Best sangat. 





Ceria selepas buat rawatan ! Hahahaha.. Nak rasa gak ? Kalau nak , aku ada 10 voucher yang bernilai RM100 setiap satu. Bagitau aku kenapa korang nak vouncher ni ! Kalau komen korang menarik minat aku , aku sendiri akan pos voucher ni pada korang ! Heeeee...

Untuk info lebih lanjut , korang boleh tengok video di SINI . Syok wooo... Terlena kat situ gak. Tau tau dah abis. Heee.. Cawangan cawangan E-Genki  :

👉Healthland Taman Desa
Tel : +6014 368 8595

👉Healthland Sri Petaling
Tel : +6014 368 8636

👉Healthland Setapak
Tel : +6014 368 8492

👉Healthland Desa Park City
Tel : +60 17-236 9928

👉Healthland Taman Segar
Tel : +6014 618 9698

👉Healthland Aman Suria
Tel :+60 16-931 6936

Facebook : https://www.facebook.com/egenkimy/



16 ulasan:

  1. Bestnya dapat holangkan lenguh2 badan ..

    BalasPadam
  2. Alaaa.. Bestnya diurut sampai 2 jam. Puas hati tu..

    BalasPadam
  3. Bestnya rasa bila dpt kena urut... Inikan pula dapat manjakan diri mcm ni..

    BalasPadam
  4. Nak voucher gak..heheh
    Badan dah letih, lenguh-lenguh tak cukup tido ni sejak buat cookies raya..kalau dapat boleh lah dapat relaks & lega kan badan nanti..😁

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat kene urut badan lenguh-lenguh ni. 2 jam lak tu👍🏻

    BalasPadam
  6. Nak juga pergi urut..lepas ni 3 tahun tak berurut.. huhu

    BalasPadam
  7. wow bagusnya nanti nak cuba

    BalasPadam
  8. wow,2 jam.Memang bestlah.Patutlah muka ceria sangat selepas di urut.Menarik pula treatment kat sini mud balm.Macam mana lah rasanya agaknya

    BalasPadam
  9. Uish.. bestnya dapat urut camni. Dah makin berumur ni badan dah mula sakit sana-sini..huhu

    BalasPadam
  10. wah nak ttry nak try.. mcm best jer

    BalasPadam
  11. Wah.. menarik ini.. Memang hilang lenguh-lenguh..

    BalasPadam
  12. Untuk wanita yang breastfeed boleh tak ..lenguh jugak badan bila nyusu anak ni dan paling ketara part bahu tu .

    BalasPadam
  13. Nampak best sgt ni.. Kena try jugak!

    BalasPadam
  14. Wahhh bestnya kena urut, kena cuba jugak ni!

    BalasPadam
  15. Seronok berurut. Tapi ai takut kena urut.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.