Ramadan pertama Qhaliff Iman ! - BEN ASHAARI

Ramadan pertama Qhaliff Iman !

Bersemangat dia nak berpuasa. Bila kejut sahur , dia bangun. Takda masalah. Makan roti coklat jer. Aku makan pisang , kurma dan susu kambing Lazz.. Simple je sahur kitorang. Aku memang tak nak makan berat berat di tambah lagi dengan usia gini... Kang makan berat , masalah juga buat aku. Anak anak pun terikut jer cara aku. Malah wife masak pun jarang letak garam dalam masakan. 

Di hari pertama ni , bukan saja cabaran buat Qhaliff bila tengok adik adik dia bedal roti coklat di tengahari. Dia kata dia lapar ! Aku kata tahan. Skit lagi. Aku terlupa lak ini puasa dia yang pertama. Tak pernah puasa lagi sebelum ni.  Dia asyik mempersoalkan kenapa Zahra boleh makan. Hahahaha..


Aku bagi jawapan. Dia tak puashati dengan jawapan aku. Pastu merajuk. Ok la. Aku mengalah. Malah wife pun suruh dia berbuka memandangkan ni percubaan buat dia. Dan dia pun berbuka pada jam 1 petang. Bagi aku tak mencabar sangat sebab duduk rumah. Banyak main jer. Tu jadi penat dan dahaga. Tapi masalah besar lak. Dia nak makan ayam goreng ! Mana ada ! Dan mak dia dah jangka semua ni. Dia sediakan pulut kuning. Qhaliff memang hantu pulut kuning. Terus dia makan tanpa banyak cerita. 

Esok dia sekolah , baru nampak cabaran di situ. Hahaha.. Aku rasa dia mesti mengelabah cari air bila balik rumah.



Alhamdulillah. Hari pertama , aku pun lalui tanpa banyak ujian. Tetapi ujian lebih mencabar pada esok hari ! Kenapa ? Sebab dari awal pagi hingga ke petang , aku kena banyak bergerak ke sana sini. Risau part nak memandu je ni sebab aku mudah mengantuk ! Hurm.. semoga Allah permudahkan urusan aku nanti. 

8 ulasan:

  1. Sikit-sikit...inshaAllah Qhaliff boleh.

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa Qhaliff...

    BalasPadam
  3. okeylah..percubaan pertama puasa setengah hari pun dah berjaya...

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa ben dan keluarga

    BalasPadam
  5. Slow slow.belajar.. insyaallah qhaliff blh ..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah,Qhalif dah besar.Dah bole h puasa dah.Sama macam anak Ina darjah satu.Separuh hari juga,malas nak paksa.Andaikata dia lapar,terus jer bagi di berbuka.Tetapi itulah,adik-adik yang paling kecil umur 2 tahun pun,Sara paksa puasa juga.Takpuashati kan.. Buat ben pula,hati-hati semasa memandu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.