Saya bantah peraturan baru cermin gelap !


Aku ingatkan dah kena cerah rupa-rupanya makin gelap kecuali bahagian depan yang kekal sama ! Haishhhh. Sungguh aku tak setuju la ! Dan aku setuju dengan pendapat PDRM yang mana boleh jadi penyebab peningkatan pada berlakunya kes kes jenayah ! 

Peraturan baharu itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar selain sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,


Bagi aku sendiri yang berkali kali menghadapi masalah dengan kereta bercermin gelap ni , peraturan baru ni macam.. mengarut jer ! Sebaiknya biar je semua cerah atau kasi gelap sedikit jer. Skit je dah ok ! Yang nak kasi sampai gelap abis terutama di belakang tu kenapa  Alasan keselamatan tu bagi aku hanya boleh pada pihak pihak tertentu jer. Panas ? Eleh.. panas cam kat Afrika ke ? Aku pun panas tapi boleh je memandu selama ni. Guna je cermin mata gelap. abis cerita.

Beberapa situasi merbahaya selalu berlaku pada aku. Pertama , di taman perumahan aku ni. Bila nak keluar simpang. Aku yang memandu kereta A , kena tunggu kereta B lepas dulu . Aku nak ke kiri dan kereta B ke kanan. Kenapa kena tunggu dia lepas ? Sebab aku tak nampak jalan dari sebelah kanan ! Cermin gelapnya menghalang. Lagi teruk kalau kereta dia dah ke hadapan skit. Bayangkan jika semua kenderaan nanti cermin gelap ! Kena tunggu diorang lepas baru boleh nampak jalan clear atau tidak !


Begitu juga jika kenderaan di hadapan kita cermin gelap. Pemandu hadapan tak boleh nak pantau atau bersedia dengan apa yang ada di hadapan sana tu ! Sekurangnya 50-100 meter. Orang berbasikal ke... melintas jalan ke...

Ketiga.. jika di RNR contohnya. Kita yang tak bercermin gelap ni , atas alasan tak mampu nak beli jika tiba tiba ada kereta bercermin gelap di belakangnya.. berhenti di sebelah. Dup dap dup dap jer rasanya ! Pemandu depan kita boleh nampak la samar samar .. Yang belakang ni gelap abis ! Mau keluar dengan pistol atau parang pastu samun ? Camana ? Pikir positif ? Di Malaysia sekarang ni macam macam dah berlaku. Tak leh nak positif sangat dah !

Tapi aku sokong jika pemilik kenderaan yang boleh buat permohonan jika mereka ada masalah dengan kesihatan atau keselamatan. Nah , ni ok la ! Yang nak bergaya tu , rasanya boleh tapi suruh bergerak dalam taman perumahan sendiri la atau jadikan kereta pertunjukan jer !

Keselamatan pemandu perempuan ? Jika semua kenderaan bercermin cerah , inshaAllah pemandu perempuan lebih berhati hati sebab mereka nampak sapa yang memandu berhampiran mereka.

Teringat zaman arwah ayah aku ketika balik kampung.. Gantung je kain tutup cermin jika panas. Sekejap jer panasnya pun. Pastu cabut la. Bila ada roadblock , senyum je muka dari dalam . Tak perlu turunkan tingkap pon ! Bayangkan jika penjenayah di belakang. Di halanya pistol , sapa nak nampak! 

7 ulasan:

  1. Betul juga tu.....boleh guna pakai alasan ni..kan dulu ada kes rogol dalam kereta yang bercermin gelap, tapi xigt tahun bila..tapi xad siapa pun yang perasan..terus dikuatkuasakan xblh guna cermin gelap dh..tapi sekarang ni ada pula peraturan baru ni...

    BalasPadam
  2. Bila gelap sgt.. ramai yg reverse tak pandang org dh sebab tak nampak. Agak bahaya juga sebenarnya bila terlalu gelap ni.

    BalasPadam
  3. Eirna pun sependapat dgn Ben jgk..Sebab utama pasal keselamatan..X sesuai la utk perempuan klau cermin tu gelap sgt..Klau org jahat masuk kereta,nk minta tlg org pun payah..sbb org x nampak.

    BalasPadam
  4. Bab nak keluar simpang tu setuju sangat. Teragak-agak kita nak buat keputusan. Clear ke tak jalan sebelah sana...

    BalasPadam
  5. Ada pro n cons kan. Untuk ladies fikir balik mungkin la ok tapi kalau disalahguna memang makin meningkat kes jenayah.

    BalasPadam
  6. Kekadang peraturan ni ada yang bagus ada jugak yg menyusahkan .

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.