John Wick Chapter 3 lebih puashati dari EndGame! - BEN ASHAARI

John Wick Chapter 3 lebih puashati dari EndGame!


Lama tunggu kesinambungan dari bahagian 2. Akhirnya penantian berbaloi sama sekali ! Tak seperti cam EndGame . Agak sedikit mengecewakan. Maaf , aku ikut Marvel juga yer. Bukan 'bangsa final' tau ! 

Ok... Bagi yang tak pernah tengok lagi John Wick ni , aku nasihatkan tengok dulu Chapter 1 dan Chapter 2 dulu. Serius , walaupun bersambung tapi sangat berpuashati !! Dan yang Chapter 3 ni , diluar jangkaan sama sekali ! Perghh.. tak terduga jalan ceritanya dan senantiasa berdebar.

Best part... babak pertarungan yang memang turut melibatkan emosi penonton. Dengan aku aku sekali terasa geram ! Haahahaha... Dan lagi best part bila ada bahasa yang kita tak perlu nak translate dah. Hahaha.. Mamat Indon pon berlakon dalam ni dan watak dia memang sama.. pembunuh upahan. Arghh... Dalam bergaduh pun leh lucu lagi. Best !


Aku kasi 5/5 bintang. Tak sempat nak menguap ! Penutup dia membuatkan tak sabar menanti Chapter 4 yang pastinya lebih menarik ! Yearghh.. Keanu Reeves memang sesuai untuk cerita cerita begini. Seperti The Matrix. Cuma satu je la harapan aku.. Harap penamat nanti tidak membosankan ! Huhuhu... 

Best ! 

5 ulasan:

  1. Oh kena tgk chapter 1 lah dulu ni, kalau tak naya tgk yang terkini tak faham haha

    BalasPadam
  2. Ishhh tak sabaq nak pi tgk gak. Yg 1 & 2 tu dah brapa kali ulang tgk pun tak bosan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah PC pun dah tengok dengan en suami..dari awal sampai akhir pengisian aksi yang padat dan mendebarkan..tak bosan..tak mengantuk..puas hati..5/5 juga bintang..moga ada chapter 4 yang momentumnya tidak menghampakan..

    BalasPadam
  4. Kena pi. X sbrnya. Len kali ajak la. Huuu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.