Kalau nak bawak awek cun gi gym...

by - Jumaat, Mei 17, 2019

Satu cabaran nak gi gym di bulan Ramadan ni. Nak lawan perasaan malas serta kemengantukan yang teramat sangat , bukanlah mudah. Macam kes semalam , aku memandu pulang dari umah mak aku pun dah sampai tahap tak nampak jalan. Bahaya tul ! Tapi bila dah masuk kawasan rumah , automatik mata segar ! Hah... sudah ! 

Mesej kawan aku , si Boboi. Ajak gi gym. Dia pun dah ready nak tidur sebenarnya. Tapi dia gi gak ! Haahahaha... Sadokan diri untuk raya ! Baru smart pakai baju melayu. Cam dia untung la... Raya di Sarawak sebulan berbaju Melayu ! Cam aku.. balik solat sunat Aidilfitri , terus tukar uniform. Tak saggup nak gi jalan jalan dengan baju melayu disebabkan aku mudah berpeluh. 


Sampai gym dah jam 10 lebih. Malam. Orang tak ramai. Ok la.. Seorang je perempuan dan dia buat hal dia sendiri. Tak da sapa pun gi ngorat dia. Takat pandang pandang tu , biasa la. Jaga mata jer. Hormat. 

Tengok jam... dah hampiri jam 12 malam. Masa untuk pulang. Gym tutup jam 2 pagi. Datangla satu pasangan ni. Awalnya aku buat dek je la. Tapi disebabkan perempuan dia pakai macam bukan di bulan puasa, ianya menarik minat aku. Dia ni apa bangsa eh ? Kalau bukan Islam , ok la.. Tapi kalau Islam , hurm... bulan puasa kot ? Tak pe la... lantak dia la.

Dan aku terperasan sesuatu yang meluatkan aku. Si pasangan dia berjantina lelaki tu. Asyik dok pandang orang dalam tu , dengan pandangan semacam. Hurmm.. Aku kenal pandangan tu ! Kenal sangat ! Hahahahaha... Pandangan yang macam nak kasi tau.. 

" Awek ni , aku punya ! ". Macam tu la... Kemudian dia dok ajar la perempuan tu. Mula mula gini.. pastu dia gi duduk ngan awek dia tu. Dan awek dia bersenam. Sesekali memandang orang dalam gym. Hahahaha.. Nak tengok sapa skodeng awek dia kot ? Tu la.. sapa suh pakai seksi gi gym. Cer tutup skit. Takda la orang nak tengok pun ! 

Nasihat aku la kan.. Kalau korang nak bawak awek korang tu gi gym... bawak la tapi jangan la dok perasan orang dalam gym tu kebulur nak ngorat awek ko tu. Kalau dia pakai elok elok , orang dalam gym pun tak de nak tengok punya la. Tapi kalau dah pakai gitu gitu.. memang mintak nak belanja percuma la ! Salah sapa kan ?

Aku ingat nak workout sampai kul 1  tapi dek kerana menyampah.. aku keluar terus. Hahahaha.. Bosan siut bila ada CCTV ni. Macam orang nak tengok sangat awek dia. Tapi cun woo ! Hahahaha..

You May Also Like

2 comments