Kenapa aku pergi gym jugak di bulan Ramadan ? - BEN ASHAARI

Kenapa aku pergi gym jugak di bulan Ramadan ?

Hurm..

Ada komen di blog. Aku malas nak layan  tapi tak pe la.. Mungkin ada orang ingat aku ni taksub ngan gym atau poyo nak sangat nak jaga badan ! Heee.. Tak pe la. Dia mungkin tak tau atau aku tak sebagus si pengomen tu. Katanya baik buat terawih 20 rakaat pastu rehat .. tidur pastu ! Heee.. 

Bab amalan ni , takkan nak cerita kan ? Nanti tak ikhlas lak jadinya. Gym aku pergi , selepas terawih. Dan ada yang aku buat selepas gym. Takkan nak selfie kot ? Biar je la Allah nilai sendiri. Cuma kenapa aku gi gym tu bersebab. Ingat seronok sangat ke nak gi gym tu ? Ingat orang yang berlari malam malam tu sebab seronok sangat ke ? Majoriti mereka ada penyakit ! Sebab tu tengok yang terlibat dalam sukan kebelakangan ni kebanyakkan dah berusia atas 30 tahun. Macam macam penyakit ada.. stress , diabetis , tekanan darah tinggi , obesiti dan macam macam la lagi ! 

Aku... 1 tahun lepas aku berehat dari gym. Besarkan anak. Apa jadi dengan aku ? Hurmm..


Aku suka makan. Selera makan aku besar. Cara nak sekat aku dari kuat makan ni dengan meletihkan badan. Tahap letih hingga nak makan pun tak lalu.Nak minum air je banyak. Nah , kena masuk gym la gak. Dan bila aku boroi hasil tak jaga pemakanan ,  darah tinggi kerap menyerang. Ditambah dengan usia aku sekarang ni, memang bahaya ! 

Takkan nak cerita semua ni kan ? Sebenarnya ada cerita.. cuma pengomen tu mungkin baru kenal aku je. Tak pe... anggap positif jer. Dia prihatin. Dan bila boroi gini , aku payah nak bernafas. Yer , aku ada masalah dengan pernafasan. Ada yang kata aku semput tapi aku rasa tak. Aku kena turunkan berat badan.


Aku tak nak komen la pasal manusia lain. Aku tak tau dan aku tak nak amik tau. Yang aku tau , aku jaga bahagian aku. Kau nak buat berapa rakaat sekali pun , terpulang. Tapi jangan la anggap orang lain macam tak solat. Dan jangan jadikan alasan Ramadan untuk tidak menjaga kesihaan. 

Semoga Allah berkati kita semua.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.