Bila kali terakhir korang servis aircond rumah korang?

by - Khamis, Mei 02, 2019

Tak tahan tengok bil elektrik berjumlah RM500++ untuk dua bulan berturut turut. Puncanya , aku rasa aku tau kat mana ! Aircond !! Bukan sebab pasang berjam jam lamanya tapi sebab lama tak servis ! Indoor atau Outdoor unit dah berhabuk aku rasa. Filter aku rajin je bersihkan tapi di dua bahagian utama ni , aku takde ilmu untuk lakukan ! Sebaiknya keluarkan sedikit kos dan panggil je mereka yang mahir. Biar je mereka buat ! 

Melalui group whatsapp taman perumahan , aku berjaya dapatkan no telefon juruteknik aircond yang boleh dipercayai. Part ni , penting. Kena boleh percaya. Maklumlah , zaman ni zaman kencing tak ingat kawan dah ! Asalkan duit , tak kira dah. Hurm.. 

Terus aku whatsapp dan call En. Rashid. Set tarikh dan masa. Boleh tahan gak la sibuk En.Rashid ni. Terpaksa tunggu 3-4 hari gak la baru dapat dia ! Dan harapnya penantian aku tu berbaloi la. Tak tahan aku tengok aircond di rumah aku ni. Selalu pasang di takat suhu 17 ! Tu pun masih terasa panas. Sepatutnya dah sejuk sangat dah tu ! Huhuh.. 

Dan seperti yang dijanjikan, En. Rashid tiba bersama anak buahnya. Tak cerita banyak , terus buat kerja. Tapi bagusnya , dua dua peramah. Tak da la datang buat kerja semata mata. Bila aku tanya , dia jawab. Haa.. ok la kan ?

Makanya aku banyak bertanya mengenai aircond ni la. Kekerapan servis.. mana aircond bagus dan pelbagai lagi soalan soala menarik untuk dijawab tanpa perlu perbahasaan ! Hee.. Dan aku punya aircond ni kena buat overhaul servis. Huhuhhu.. Walaupun setahun baru servis tapi dia kata aku punya dah naik berkulat . Erkkkkk ! Selain dari tu , kenaikan bil elektrik berpunca dari aircond tu jugak ! 


Setelah dibuka semua part , maka baru boleh buat pembersihan. Tuuu.. gambar tuuuu.. Tengok la kulat tu ! Aku rasa boleh jadi usahawan kulat di rumah lak ! Adoiii.. ni semua punca kepada penyakit! Hurmmm.. Tepuk dahi je aku tengok. Grrr..


Setelah dibersihkan , ni la hasilmya !! Hilang dah kulat kulat tuu ! Menurut juruteknik tu ,aircond kena servis ikut kekerapan pengguna. Dan siap ! Dia pasang balik dan hasilnya... di suhu 24 pun dah beku ! Dia nasihkatkan jika nak bil rendah , aircond perlu di level tu jer. Baru dapat murah. Jangan letak paling bawah... part yang aku suka.. Heee..


You May Also Like

4 comments

  1. Haida pun pernah mcm ni. Sebab lama tak servis aircond. Bill dh mcm org buka rumah kedai. Hehehe

    BalasPadam
  2. Kalau nak penapis udara cuckoo, info tau. hikhik

    BalasPadam
  3. Minggu lepas, siap dah servis semua 5 bijik aircond huhuhu ....

    BalasPadam
  4. kalau nak dapatkan harga servis dengan harga pasang murah boleh pegi kat link ni untuk dapatkan no fone dorang http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/

    BalasPadam