"Apa saja yang berlaku pada Zahra dan Aariz, Qhaliff kena bertanggungjawab !" kataku pada Qhaliff sewaktu bawa dia pergi isi angin tayar kereta. Orang perempuan ni pandai pakai kereta tapi isi angin masih gagal lagi. Kerja suami katanya. Huhhh..
"Kenapa pulak Qhaliff yang kena ??" Tanya dia.
"Qhaliff abang. Apa saja berlaku pada Qhaliff, Zahra dan Aariz, daddy kena bertanggungjawab." bagitau aku.
"Daddy sayangkan Qhaliff, Zahra ngan Aariz. Kalau daddy tak sayang, lama dah daddy letak Qhaliff kat tong sampah jer !! Tak caya? Meh tengok sini.." aku mula menerangkan pada dia kenapa dan mengapa aku selalu marah dia bila melibatkan adik beradik dia. Aku tunjukkan web gambar gambar bayi di dalam tong sampah. Terkedu dia.
Segalanya bermula dari petang semalam. Ketika aku uruskan Zahra, Qhaliff dan adiknya bermain di bilik mini gym aku. Tiba tiba kedengaran Aariz menangis. Aku pantas gi tengok. Bibir dia berdarah. Aku pandang Qhaliff. Hurmmm..
Kesabaran aku petang tu dah dibatasi. Jika dibiarkan, aku risau satu hari nanti dia akan salahkan aku kerana manjakan dia. Biarlah dia belajar dan perlu ada rasa takut pada ayah dia. Dan dia perlu belajar gunakan otak sebelum melakukan sesuatu perkara.
MAAFKANLAH AYAHMU INI.