12 bas Ekspres Budaya terbakar, kerugian dianggar RM6 juta

by - Ahad, Oktober 24, 2010

 

KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak," katanya. -Bernama

 

-HMETRO-

You May Also Like

2 comments

  1. bunyi mcm sabotage jer, tak tau ler kan

    BalasPadam
  2. are u serious..>????????????
    saya balik kb nek budaya ni~~
    nape org kelate x bising pom sal ni..
    aiiii

    BalasPadam