Rancangan FAMILI SARJANA di Astro ..

by - Ahad, Oktober 31, 2010

 

Sebuah program yang aku rasa sedang dalam rakaman akan muncul di kaca television  ( hanya untuk pelanggan ASTRO ) tidak lama lagi .. Rancangan yang diberi nama FAMILI SARJANA itu adalah rancangan kuiz kekeluargaan terbaru yan membawa pendekatan berlainan berbanding program kuiz sedia ada .

Program ini membawa pendekata perkongsian ilmu dalam keadaan santai dan hiburan ringan tetapi mencabar peserta dengan pelbagai soalan yang berkaitan lima perkara utama yang terkandung dalam Rukun Islam. Secara tidak langsung , penonton di rumah turut memperoleh ilmu  daripada soalan yang dilontarkan... Tu kata kata Pengurus saluran Astro Oasis , En. Izelan Basar ..

Kata dia lagi ... huih.. penat aku taip balik nih .. kalau pihak Astro baca ni ,patut bagi aku 3 bulan free sewa astro nih.. hehe ..promosi percuma niii ... hehe .. ok ok..sambung.. Dia kata lagi , ada 8 saringan yang perlu dihadapi oleh setiap keluarga yang mengambil bahagian sebelum 4 keluarga terbaik akan layak ke pusingan separuh akhir dan hanya dua akan masuk final .. Hadiahnya pula ialah pakej umrah ..

Tu dia bagitau la.. pastinya macam macam lagi ada kan .. hehehe .. Diorg dah buat pon pemilihan ari tu kat Bukit Jalil... tu la korang , lambat sangat baca paper... hehe..

Ok.. diharap dengan adanya rancangan begini , anak anak kita mahupun kita sendiri dapat menimba ilmu dan mengasah kembali pengetahuan agama kita .. InsyaAllah dan terima kasih Astro kerana menjalankan tanggungjawab anda ...

You May Also Like

1 comments

  1. bgus2 . selepas rancangan Clever edisi Malaysia yg tentang Sains , muncul pula yg bertemakan agama . Ini baru bagus :)

    BalasPadam