Kenapa Kelantan PERLU menang malam ini ???

by - Sabtu, Oktober 30, 2010

 

Opss.. aku bukan penyokong Kelantan mahupun Negeri Sembilan .. dan aku tak rasa pun akan tengok live malam ni .. Nak tengok MAJALAH TV3 berkenaan isu HAJI rasanya malam ni ... hehehe.. Aku tunggu keputusannya dah la yer termasuk ulang tayang gol gol ( ke satu gol je ? ) di youtube .. eheh..

Bukan aku tak sokong bola sepak Malaysia ni ... sokong sangat sangat.. Bangga bila pasukan kita menang tapi tu la...asik asik dok kecoh ngan THAILAND , SINGAPURA dan INDONESIA .. dan skang ni VIETNAM malah MYANMAR .. kiranya dah semua pasukan ni dah jadi cabaran untuk pasukan kita menjuarai sesuatu piala yang melibatkan mereka .. Sepatutnya lama dah pasukan negara kita ni jauh kedepan .. ni macam yoyo .. mau tak tensen ? Dah la tu , si pemimpin dok ganggu lak .. erk , maksud aku tu yang si ahli politik .. tah hapa hapa ... menyibuk betul la .. dah la kat kempen pilihanraya korang mentemberang pengundi , sampaikan ke dalam padang bola pon kalut dok mentemberang.. apa kes ? Bagi la yang selayaknya pegang jawatan persatuan bola tu ... haih .. korang duduk belakang belakang cari sponsor dah laaa... Cam ni bila nak majunya ..

Aku rasa la kan , nasib baik la ada beberapa negeri yang mana penyokong mereka masih lagi setia menyokong pasukan mereka seperti Kelantan , Negeri Sembilan , Selangor dan beberapa buah lagi tapi jumlahnya tidak sehangat  3 negeri tu .. Zaman aku dulu ( 90an)  sampai Sabah dan Sarawak penuh stadium !! Dasyat wooo ..

Ok..berbalik kenapa KELANTAN perlu menang .. jawapannya mudah jer .. SILA LA BALAS JASA PENYOKONG ANDA termasuk juga yang telah berkorban demi menyokong anda !! INGAT !! Penyokong anda merantau jauh dari KELANTAN sehingga ke KL untuk menyokong anda !!  Maka perlulah bermain mati matian kali ini .. Bermainlah dengan tanpa alasan .. Anggaplah ini perlawanan terakhir sebelum anda bersara !! Haa.. amacam ?

Kalau NEGERI SEMBILAN lak , aku tak pasti sangat la.. apakah semangat yang sesuai untuk NEGERI SEMBILAN menjuarai PIALA MALAYSIA kali ini ? Mungkin sama kot alasan dengan Kelantan tu tapi setahu aku lom ada lagi penyokong N9 terkorban di stadium kan ? Haaa...

Ini bermakna , semangat pemain KELANTAN buat masa skang pastinya tinggi membuak buak untuk menang... Berhati hatilah NEGERI SEMBILAN ..

SEMOGA BERJAYA BUAT KEDUA DUA PASUKAN INI .. PASUKAN PALING KURANG MEMBUAT SILAP PASTINYA AKAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA KALI INI .. DAN BUAT KEDUA DUA PENONTON ,SALING HORMAT MENGHORMATILAH YER.. INGAT , ANDA DAN DIA ADALAH SAUDARA SEAGAMA ... TAK BERBALOI KALAU BERGADUH !!

You May Also Like

5 comments

  1. sebab??? kelantan memang ptt memang pun...

    sebab?? patut menang la...

    sebab??? kena menang jugakkkk

    sebab?? apa2 jadi kena menang..hahhah

    BalasPadam
  2. sokong kelate la....syok tgk penyokong depa selama nie,,kt lain ada gak,,tpi x semeriah kelantan,,sbgai mmblas jasa penyokong nooo..

    Ala yg Pakai Tudung Belum Tentu Baik

    BalasPadam
  3. memang kelantan patut menang..aku pn penyokong tegar kelantan..semangat negeri kitaorang takkan luntur..biarpun dikeji dihina dan dimaki..GOMO KELATE GOMO..Piala Malaysia milik kelate malam ni..yess!!

    BalasPadam
  4. kalau depa gadoh gak, kita tangkap buang dalam laot :))

    BalasPadam