Tak tau nak masuk parti politik mana ?? Tak pe.. Ada pilihan ..

by - Ahad, Oktober 24, 2010

 

20 parti politik baru tunggu kelulusan ROS - KP JPPM

 

KAPIT 23 Okt. – Sebanyak 20 parti baru politik di negara ini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Pengarah JPPM, Datuk Md. Alias Kalil berkata, sehingga ini mereka masih belum meluluskan permohonan pendaftaran parti baru politik itu.

"Walaupun semua permohonan itu telah mematuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi ROS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji setiap permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus pengurusan bagi 53 pertubuhan di sini hari ini.

Adalah difahamkan antara 20 parti baru politik itu, dua daripadanya adalah dari negeri Sarawak iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) dan Parti Peace.

Md Alias juga berkata, ROS tidak sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan tanpa memberi peluang dan masa yang cukup untuk memperbetulkan masalah atau peraturan dalam pertubuhan tersebut. – Bernama

 

-UTUSAN MALAYSIA-

You May Also Like

1 comments