Si sotong mati kerana 'overdose'

by - Jumaat, Oktober 29, 2010

 

Huhu.. sian sotong tu.. tak sempat dikeringkan untuk dijadikan sotong kering .. hehe...

Pada peminat si PAUL tu , pastinya terkejut bila laporan mengatakan dia  mati baru baru ni tetapi mengikut dakwaan seorang pengeluar filem China , sotong tu mati dua hari sebelum final PIALA DUNIA !!!

Wah.. biar betul .. hahahah.. sotong pon leh cetus fenomena eh... hahaha.. ni sah sah kaki judi je minat sotong ni.. Aku pon minat gak tapi minat sambal sotong je la.. hahaha...

Rasanya kan.. dia mati sbb banyak dok menilik sapa yang bakal menang... yelah , manusia pon tak boleh buat keje menilik tu maka diserahkan 'dosa' menilik tu pada dia.. tak ke dia frust ?? hahaha..

Baca la sendiri eh ... aku copy paste je ni .. maklumlah , blogger picisan cam aku ni mana reti buat ayat tahap tertinggi seperti 'mereka-mereka' itu .. kan ? 

image

Pengeluar filem China buat dakwaan dipercayai untuk publisiti

LONDON: Sotong terkenal dengan kuasa ramalannya, Paul, terus mencipta sensasi meskipun sudah mati Isnin lalu, selepas ada pihak membuat dakwaan bahawa ia sebenarnya sudah tiada tiga bulan lalu.

Teori itu dikemukakan seorang pengeluar filem China yang mendakwa Paul yang membuat ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di antara Sepanyol dan Belanda, mati dua hari sebelum final itu.

Jiang Xiao menuduh pemilik akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman, menggantikan sotong lain dalam tangki air Paul, lapor akhbar Britain, Daily Mail, semalam.

Beliau yakin ‘60 hingga 70 peratus’ bahawa Paul mati Julai lalu sebelum perlawanan itu dan digantikan, selain mempertikai kuasa ramalan sotong itu.

“Sotong semuanya kelihatan sama. Mustahil untuk menunjukkan perbezaan antara satu dengan lain,” katanya ketika ditanya bagaimana Paul boleh diganti sotong lain.

Tetapi, ada yang meragui teori Jiang itu dan mengesyaki dia mahu mendapat publisiti selepas mengeluarkan filem aksi bertajuk Who Killed Paul The Octopus?’

Selain enggan mendedahkan terlalu banyak butir filem itu dan menjelaskan lagi dakwaannya, Jiang juga menuduh pemilik sotong itu enggan kebenaran didedahkan mengenai Paul dan kuasa ramalannya.

“Kami sering menghubungi akuarium itu sejak pembikinan filem bermula tetapi mereka seperti takut dengan kami. Filem ini mendedahkan cerita di sebalik kuasa ajaib sotong itu, mungkin itulah sebabnya mereka risau.

“Kami lakukan banyak penyelidikan untuk filem ini dan saya yakin 60 hingga 70 peratus Paul mati pada 9 Julai dan pemiliknya di Jerman menyembunyikan kematiannya serta menipu kami,” katanya.
Beliau menganggap pelik kematian Paul diumumkan selepas pemilik akuarium itu menghubungi krew filemnya dan menawarkan kerjasama kepada mereka. – Agensi

You May Also Like

4 comments

  1. salam..cian ittu sotong..

    hurm idea..nnt nak wat sotong sumbat pulut la..hehe..

    BalasPadam
  2. kalau dah terkenal, kematian pun jadi kontrovesi...

    BalasPadam
  3. Sotong pun blh cetuskan fenomena kaaaann...Ni semua kerja2 kaki judi yg taksub la ni...Sian si sotong diperalatkan..Hikhik

    BalasPadam