Dah puas berpoya poya hari ni ??

by - Jumaat, Oktober 15, 2010

 

Penat ? Berakhirnya sudah hari Jumaat kan ? Cuba tanya diri sendiri .. Apakah amalan yang dibuat hari ini kerana Allah ? Apakah dosa yang hari ini yang kita buat yang mana sepatutnya boleh kita hindari namun tidak ingin kita cegahi malah membiarkan ianya melarat ? Ada atau tidak ? Cuba renungi diri dalam dalam ..

Aku pasti ramai sedar .. Hidup dan mati kita ini milik Allah .. Bila bila kita boleh mati .. tapi adakah kita dah bersedia untuk mati ? Apakah yang bakal kita bawa ke sana kelak ? Dah cukup persediaankah ?

Atau ada yang kata , " Ala, kalau nak mati , mati je la.. kat mana mana boleh mati  ! " .. Benar sama sekali .. tapi bagaimana rupabentuk ajal kita pon tak tau ..

image Cuba buka kembali peristiwa yang berlaku kebelakangan ini .. Perhatikan bagaimana rakan rakan kita , saudara mara kita  atau orang orang yang kita kenali , telah pergi meninggalkan kita .. Pelbagai cara dan pelbagai rupa .. Kita pula bagaimana ??

Kalaulah kita seperti robot , bila bateri abis , maka terus berhenti disitu juga .. kan mudah ?  Tapi bersyukur .. kita bukan robot ! Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna !

image Tapi mengapakah kita senantiasa mengatakan tidak sempurna lagi ? Kita hanya manusia biasa .. Akal , ada .. pancaindera .. ada .. Mungkin tidak lengkap namun masih mampu menggunakan akal .. Lainlah kalau kita tidak waras .. Kita tau kan , kelebihan orang tidak waras disisi Allah.. Jangan persoalkan ..

Sebelum kita tidur malam ini ( yang mana belum pasti akan bangun keesokkan harinya ) , cuba renungi segala amalan kita yang telah kita buat hari ini.. Adakah memadai untuk kita bawa seandainya kita dicabut nyawa sewaktu tidur ?

Sama sama kita muhasabah diri ..

You May Also Like

4 comments

  1. tadzkirah yang sangat baik..
    terima kasih.....

    ko mmg hebat ben..

    BalasPadam
  2. jgn lupa maafkan orang sebelum kita tidur

    ALL IN ONE

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tersedar aku di lewat malam ini. Terima kasih, bro. May Allah bless you always! (:

    BalasPadam