Melaka Maju 2010

by - Rabu, Oktober 20, 2010

 

image ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki Monorel Melaka yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM15.9 juta selepas dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka, hari ini. - Foto Mohd Jamah Nasri.

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada jam 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.

Najib, ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu, berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.

"Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut," katanya.

Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.

Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas. - BERNAMA

 

sumber : BHARIAN

You May Also Like

1 comments