Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 September 2012

Bila nak ubahsuai rumah ..

 

Sekadar perkongsian aku yang tidak berpengalaman ..

Alhamdulillah , rumah yang aku ubahsuai tu dah 99% siap. Hari ni nak g tengok rumah lagi sbb semalam pasang grill . Kalau ikutkan hati nak je tinted cermin gak tapi rasa cam tak berbaloi sebab nanti nak pasang langsir .

Itu baru untuk renovate atau ubahsuai je baru . Tu yang besar besar. Yang kecik kecik ni , bila dah nak duduk , baru nampak nak kena buat ..

Ada rakan rakan yang antar email kat aku mintak sapa yang buat semua tu untuk rumah aku.. Sebenarnya , aku nak rekemen je diorang ni tp takut jugak sebab nanti bermasalah , aku yang dapat nama.. Hehe .. Tapi yang kitchen cabinet tu , mmg disyorkan la namun cam biasa la.. Kata 10 hari , tapi lebih dari tu sbb hal hal yang tak dapat dielakkan.

Mengenai kontraktor lak .. Walaupun ada yang kata amik kawan kawan punya , masalah tekan dalam diam mesti ada walaupun bukan semua ! Maklumlah , nak untung lebih ..

Sebelum aku nak buat ari tu , ada banyak gak la kontraktor yang datang offer . Aku tak pasti nak kata mana mahal atau mana murah. Hari ni , kosnya begini .. Tiba-tiba ada peningkatan sbb sbb tertentu. Takkan kita nak marah atau tak nak bayar kan ? Kang tersadai lak ..

Tandas , bilik tidur , cat rumah … semua tu kena masukkan dalam bajet kecik. Bila dah siap renovate , semua ni mesti diambil kira. Maklumlah , yang mereka sediakan tu , ada yang tak berkualiti .

Dalam erti kata lain la kan .. Nak beli rumah , boleh jer.. Tapi bila nak renovate tu , perghhh .. garu kepala gak laa .. Pilih betul betul .. Duit biar lebih dari bajet . Ikut kemampuan.

Yang masih belajar atau belum berkawin , rumah adalah satu keperluan. Sampai bila nak menyewa kan ? Kalau tak mampu tu , tak pe la.. Tak leh nak kata apa. Yang ada duit tapi tak beringat nak menyimpan , mulakan dari sekarang .. Harga rumah semakin mahal .Lainlah , plan nak balik kampung bila dah pencen nanti .. hehe ..

8 komen :

Fazni Amri berkata... [Reply to comment]

kene kumpul duit dr sekarang nie!!!

MAY berkata... [Reply to comment]

huhu...betul tu..masih kmpul duit nk bli umh..x sbr ni...semoge thn dpn dpt msk umh baru..

Khalilah MNor berkata... [Reply to comment]

Renovate rumah mmg makan mcm2... Duit, masa, tenaga, sabarpun kdg2 boleh tipis. Jgn lupa share gmbar umah yg cntek bila 100% umah siap...:)

Novelgurl berkata... [Reply to comment]

oooo..00o..blik kg! hti girang..hehe

Riena Haiqal berkata... [Reply to comment]

kitorang pun baru jer dalam proses buat rumah.. tak yah guna kontraktor. nasib baik husband saya ni pandai dalam kontrak2 rumah ni.. jadi dia jer la yang buat rumah kami. InsyaAllah kalau tak der halangan hujung tahun ni dah bole duduk rumah sendiri.

QueeN TerataI berkata... [Reply to comment]

org muda skrg lbh kejar glamer beli keta mahal2 bang... kwn sya keja kat proton.. ada yg baru graduate baru bergaji dah beli kereta inspira bang.. sok dah kawin cenganglah kalau nak beli rumah...

Mira Adzlia berkata... [Reply to comment]

sdg bkira-kira nk beli umh sndri...mmg btol..xkn slame2 nk menyewa....huhu

HiKaru berkata... [Reply to comment]

Dulu suami saya pernah kata "rumah harga RM 500,000 tapi lepas renovate boleh mencecah RM 1 JUTA" Huhu, mmg banyak duit yang akan dibelanjakan bila kita bergelar 'pemilik tetap' rumah.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI