Janganlah memandai mandai !

by - Rabu, September 12, 2012

 

Teringat lagi seorang kawan aku yang terpaksa memasukkan bayi ke hospital gara gara doktor doktor tak bertauliah . Akhirnya bayinya ditahan selama 2 minggu .. Alhamdulillah , bayi dia ok ..

Apa maksud aku ? Maksudnya mudah jer .. Bila bayi kita tu tak sihat , bawa je terus ke hospital atau klinik .. Tak kisah la kerajaan ataupun swasta . Nak lagi jimat , g kerajaan dulu . Atau kalau banyak duit , g je swasta ..

Semalam , ada aku baca blog Dr.Hamid Arshat mengenai ubatan untuk kanak-kanak dan bayi .. Ada beberapa kes yang membuka mata aku dan aku rasa ramai pandang rendah mengenainya ..

Aku amik satu contoh ek ..

“ Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroidtiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.

Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu tersebut yakin dengankrim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan. Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang sebayadengannya.

Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit padabahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity.

Anak ini telah dimasukkan kewad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain.

Kes ini menunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.”

Boleh baca kes kes lain di blog beliau .. Klik SINI

Seperkara yang kita patut tahu ialah , kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi , personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak -kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya. Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor.

Dalam erti kata lain JANGAN MEMANDAI MANDAI !

You May Also Like

14 comments

  1. sangat setuju..zaman sekarang ni semua orang nak jadi dr..macam dah pandai sangat..hehe

    BalasPadam
  2. betul.semua ubat dewasa tak semestinya kanak2 boleh pakai.kesian baby tu.huhuhu~ mungkin maknya nak jimat kot.

    BalasPadam
  3. hermm..suka ambil jalan mudah -_-

    BalasPadam
  4. Di pendekkan cite......

    Sayangilah baby anda!! Ai? macam lari tajuk je...!!! he..he..

    BalasPadam
  5. Bkn nak salah kn doktor. sy sendiri selalu sakit kulit. Pergi klinik yg sama, doktor masih gak bagi krim steroid. Sudahnya, kena cari alternatif lain untuk dapatkn ubat yg xde steroid. Rasanya, klu sendiri nak jadi doktor, kena cari sesuatu yg bukan ubat. Klu pasal ubat ni, memang kena refer doktor la. Xleh bantai sendiri.

    BalasPadam
  6. Bkn nak salah kn doktor. sy sendiri selalu sakit kulit. Pergi klinik yg sama, doktor masih gak bagi krim steroid. Sudahnya, kena cari alternatif lain untuk dapatkn ubat yg xde steroid. Rasanya, klu sendiri nak jadi doktor, kena cari sesuatu yg bukan ubat. Klu pasal ubat ni, memang kena refer doktor la. Xleh bantai sendiri.

    BalasPadam
  7. Terima kasih di atas perkongsian Info..

    Lepas ni kalau anak tak sihat jer kena terus bawa ke klinik..

    Supaya doktor boleh cek dengan kadar segera..


    Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

    BalasPadam
  8. sangat setuju. dewasa ke budak kecil ke mmg kena dapatkan nasihat doktor.jgn ambil mudah.

    BalasPadam
  9. betul tu,...jangan memandai mandai..nanti kesian kat anak..

    BalasPadam
  10. Jaja tak pernah rawat sendiri baby... terus bawa jumpa doc... keluar duit sikit takpe daripada keluar duit byk nanti atau anak cacat atau hilang terus anak... huhuhu....

    BalasPadam
  11. ada dua jenis doktor dalam dunia ni.. satu yang cuma tau ubat (jenis jenis dadah tu la).. dan satu lagi yang tau ubat dan perubatan alternatif..saya pilih yang tahu keduanya..tapi biasanya saya akan cari second opinion sebelum buat sesuatu..

    BalasPadam
  12. saya selalu minta nasihat dari doktor dulu sebelum melakukan apa2.. tapi nak merawat sendiri tanpa berjumpa dengan doktor tu takkan pernah saya buat.. saya takut juga dengan hal2 penyakit sekarang ni.. sebab tu saya selalu berjaga2 dan berhati2..

    BalasPadam
  13. tak bace artikel pun, bole??
    hihihi...
    sebab terpegun dah ngan si comel Qhaliff yg sebok duk tgk kamera daddy dia masa doktor tgh cek :)

    BalasPadam
  14. en.ben..sy minta izin utk copy entri ni kat blog sy ya..nanti sy kredit kat blog ni siap2..sbb sy rasa entri ni berguna sangat2..tq.. :)

    BalasPadam