Lagi bayi mati tersedak susu ..

by - Jumaat, September 07, 2012

 

Seorang bayi lelaki yang baru 17 hari dilahirkan maut selepas tersedak susu yang dipercayai diberi ibunya sendiri di kediaman mereka di Desa Indah Relau, Sungai Nibong di sini semalam.

Bayi berkenaan, Ng Kian Weng disahkan mati di rumah itu selepas selepas diberi minum susu pada pukul 6 pagi .Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan tersedak susu di saluran pernafasan.”– Kosmo

Hurmm … tersedak susu.. Antara kecuaian ibu bapa atau penjaga menjaga bayi kecil . Walaupun ada ibu atau bapa yg dah ada anak ramai , jangan sesekali memandang remeh bila bab menyusukan anak ni ..

Tak kira si isteri atau suami , ilmu mengenai menyusukan bayi perlu ada dan senantiasa dititikberatkan sewaktu menyusukan anak kecil tu .. Jangan pandang enteng wooo .. Aku sendiri pun takut hingga sekarang ..

Dalam intenet atau di kedai kedai buku pun ada jual buku mengenai teknik penyusuan ni. Google dan dalami ilmu mengenainya . Tak kira dah kawin atau belum , kena ambik tau gak .. Mana tau berlaku depan mata kita bila ada bayi tersedak susu , kita tau apa yang kita kena buat .. Tindakan pantas akan menyelamatkan satu nyawa ..

You May Also Like

3 comments

  1. kalau tak silap, jangan bagi susu waktu dorang tgh menangis teresak2

    BalasPadam
  2. itulah BEN.. masa tengok berita nih, terus teringat kat BEN yg urus Qhaliff sendiri... saya cakap kat suami, Ben tu pandai jaga baby sendiri, bukan semua lelaki leh handle cam tu... senyummmmm jerr hubby saya..huhu..

    BalasPadam
  3. aL-fatihah.. memang kena berhati2 dalam penjagaan bayi ni.. semoga anak2 kita sentiasa selamt dan dilindungi oleh Allah..

    BalasPadam