Qhaliff yang kena cucuk , daddy dan ibu yang demam !

by - Jumaat, September 07, 2012

 

Kelmarin sewaktu disuntik , nurse bagitau mungkin Qhaliff akan demam 2-3 hari .. Setelah 2 hari , yang nak demam ialah aku ngan mak dia ! Aku dah start batuk batuk kering gitu .. Wife dah sakit tekak .. Selsema pon iyer .. Qhaliff ? Tenang dan mendamaikan seperti takde apa apa berlaku ..

Tadi pagi , aku pergi ke Kementerian Pelancongan. Rumah terbuka di bahagian lama aku bekerja dulu .. Kul 10 pagi sampai.. Makannya kul 12 .. awal la pulak ..Tak pe la , ziarah kawan kawan . Ada ramai staff baru gak .. Syukur aku dah ‘bersara’ ..

Qhaliff , seperti biasa .. automatik muka dia berubah macam muka aku ! Serius dan tak nak senyum langsung .. Aku main cak cak pun dia wat dek ! Amboiii budak ni.. Pandai benar berlakon ehh ..

Dalam kul 11 lebih , aku balik rumah sbb Qhaliff dah mengantuk .. Dia bangun awal .. Dia kalau dah mengantuk , mmg tiada maaf bagimu .. Dia menjerit serupa dalam bilik karaoke dia buat haa ..

Kat rumah , automatik dia senyum , ketawa , dan menyanyi gitu !! Grrrr …. Sihat benar budak ni aihh ..

Tak pe la.. mak bapak sakit , tak pe .. janji anak sihat …

You May Also Like

6 comments

  1. Hebat and good boy Qhaliff ni. Hanna yang kene cucuk baru-baru ni pun tangan sampai bengkak-bengkak nak demam. hehehe

    BalasPadam
  2. Alahai keciannya , boleh ke Ahad ni nak berOpenHouse?

    BalasPadam
  3. brgantung pd antibodi budak tu jugak.. Qhalif ni mcm baby sy gak dulu. kalau dgn org @ kt luar memang susah nk senyum. buat muka serius je even org cuit2 @ usik dia.. tp makin besar skrg dh murah senyuman dah. kdg2 gedik pun ada gak.. ter over ramah lak.. kekekekeke

    BalasPadam
  4. syukur alhamdulillah, Qhaliff sihat jer. semoga dia sentiasa sihat2 je kan.. (^_^)
    Qhaliff memang good boy.. tak suka keluar jalan2 kan.. bagus duduk rumah baca buku kan..

    BalasPadam
  5. alahai qhaliff comel nyeeeeee!!!! gerammm pulakkk tgk pic dia tuh.. :)
    qhaliff kan boboy msti lah kuat...hihii

    BalasPadam
  6. haha..
    pelik la Qhaliff comel ni...
    kat rumah, ceria..
    kat luar pula serius..
    tapi bagus la...XD

    BalasPadam