Shopping berdua dengan Qhaliff ..

 

Yeay… Daddy ada peneman dah ! Daddy tak lagi leh cuci mata bila gi mall .. heeee .. Cuci mata tengok barangan yang dijual haaa.. Bukan tengok awek awek tauuu ..

Awal pagi , dalam kul 10 gitu .. aku siapkan Qhaliff dan bawak dia ikut aku gi Alamanda. Nak beli sedikit barang dapur untuk kegunaan harian. Ikan ikan , tak beli la sebab wife confirm tak puashati punya ! Gitulaaah..

Memula cuak jap bila memikirkan tekanan yang bakal aku hadapi nanti di Alamanda memandangkan Qhaliff lama tak jejakkan kaki dia kat sini ..

Alhamdulillah.. Sesampai je Alamanda , dia nak jalan sendiri ! Tapi bila jalan sendiri tu , jawabnya banyak la pit stop dia ! Terpaksa la aku dukung kembali dan terus ke Aeon..

Letak dalam troli , cari air kotak dan roti untuk dia makan .. Baru dia diam dalam tu .. Kalau tak , confirm dia akan huru harakan aku .. heee..

Photo

Seperti yang aku plan ngan wife , pastikan dah senaraikan apa barangan yang nak dibeli atau aku angkut apa jua yang aku berkenan di hati !

Photo

Yearghhh … Amik maggie asam laksa gak dikala kebosanan tau tak nak makan apa ..

Dan jumlah barangan dibeli tak sampai RM100 pon .. Nape kalau wife beli , mau mau RM200 ?????

Ini menunjukkan lelaki lebih bijak berbelanja ! Sila jangan nafikan yer.

3 ulasan:

  1. ni belum masuk barang basah ni..kalau beli barang basah sekali..mau jugak 100 lebih tu..hihi

    BalasPadam
  2. aksi Qhaliff sentiasa dinantikan....

    BalasPadam
  3. Qhaliff back..hehe..lepas ni baby pun boleh join juga..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009