Shopping berdua dengan Qhaliff ..
Yeay… Daddy ada peneman dah ! Daddy tak lagi leh cuci mata bila gi mall .. heeee .. Cuci mata tengok barangan yang dijual haaa.. Bukan tengok awek awek tauuu ..
Awal pagi , dalam kul 10 gitu .. aku siapkan Qhaliff dan bawak dia ikut aku gi Alamanda. Nak beli sedikit barang dapur untuk kegunaan harian. Ikan ikan , tak beli la sebab wife confirm tak puashati punya ! Gitulaaah..
Memula cuak jap bila memikirkan tekanan yang bakal aku hadapi nanti di Alamanda memandangkan Qhaliff lama tak jejakkan kaki dia kat sini ..
Alhamdulillah.. Sesampai je Alamanda , dia nak jalan sendiri ! Tapi bila jalan sendiri tu , jawabnya banyak la pit stop dia ! Terpaksa la aku dukung kembali dan terus ke Aeon..
Letak dalam troli , cari air kotak dan roti untuk dia makan .. Baru dia diam dalam tu .. Kalau tak , confirm dia akan huru harakan aku .. heee..
Seperti yang aku plan ngan wife , pastikan dah senaraikan apa barangan yang nak dibeli atau aku angkut apa jua yang aku berkenan di hati !
Yearghhh … Amik maggie asam laksa gak dikala kebosanan tau tak nak makan apa ..
Dan jumlah barangan dibeli tak sampai RM100 pon .. Nape kalau wife beli , mau mau RM200 ?????
Ini menunjukkan lelaki lebih bijak berbelanja ! Sila jangan nafikan yer.
3 comments
ni belum masuk barang basah ni..kalau beli barang basah sekali..mau jugak 100 lebih tu..hihi
BalasPadamaksi Qhaliff sentiasa dinantikan....
BalasPadamQhaliff back..hehe..lepas ni baby pun boleh join juga..
BalasPadam