Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Februari 2016

Bila suami bekerja , si isteri teringin !

Kandungan wife dah masuk minggu ke 7.. Dan rezeki baby no 3 , aku ada banyak job kebelakangan ni. Di kala ekonomi merundum , aku masih mampu menjana pendapatan melalu blog. Lepas la nak bayar hutang piutang dan belanja anak anak makan ais krim Baskin Robin , setiap kali gi Alamanda.. Alhamdulillah.. 

Dan minggu ni , aku ada dua food review ! Aduh.. Food review ni satu cabaran untuk aku. Kenapa ? Wife confirm nampak di Instagram dan Facebook apa yang aku post kan ! Bila dah nampak ? Confirm dia pun akan teringin. Sama la gak aku. Aku pun ada nafsu bila tengok kengkawan post ! Mesti la teringin kan ? Bezanya dia mengandung. Orang perempuan kalau teringin , selagi tak dapat .. dia akan sebut ! Tapi takde la dia kata.. ' baby nakkk.. '. Idok ler tahap gitu.. 

Apa yang boleh aku buat ialah.. aku kena  tapau untuk dia ! Aku dah cakap awal awal.. payah nak tapau ! Tapi jauh di lubuk hati aku , aku tetap akan berusaha untuk tapaukan dia. Takkan aku makan sedap sedap.. dia tengok kan ?  Kuar duit skit bayar , tak pe laa... Tak sampai hati tengok dia mengidam. Nak tunggu esok , belum tentu dapat gi. Ditambah lagi dengan dok kerap muntah ni.. Haaa! 

Yer.. aku tapaukan untuk dia dan Zahra. Aku confirm Qhaliff pasti akan tidur awal sebab petang tadi dia tak tidur langsung.. Hurmm. Dan jangkaan aku tepat ! Sampai je rumah.. wife yang belum lena lagi , aku kejutkan.. 

" Bangun.. abang ada bawak balik makanan.. ".

" Abang beli apa ? " . Lemah je suara dia.. 

" Nasi goreng ada..Ketam dan udang.. ". Jawab aku. 

Zassss .. terus terbukak mata seluas alam bila aku sebut ketam dan udang ! Wowww ! Perempuan.. dalam dia kata tak kisah , sebenarnya dia kisah sangat ! Dan aku terselamat kali ke dua ! Ari tu, dia teringin spagetti dan kebetulan aku memang tapaukan dia spagetti ! 

Dengan pantas dia turun ke bawah.. Zahra join sama ! Dan dua dua tak sabar nak makan ! Hahahahaa.. Sedap ok !! 



Tadi kat sana pon , aku tak makan sangat ! Sibuk amik gambar dan aku bukanlah peminat seafood ! Hehehe.. Tapi wife suka..  Ok la tu kan ? Dan rezeki dia la malam ni.. Zahra pon ! Lena dah dua dua kekenyangan.. Dan aku , baru mulakan tugas.. update blog ! Huhuh..

6 komen :

Ms Qiya Saad berkata... [Reply to comment]

Sedapnya..semalam baru makan ketam..char kuey teow ketam perlis mari..hehe..

Mrs Velentine berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah..rezeki isteri & anak2..

Wanie Masduki berkata... [Reply to comment]

selalu nmpk sedap je seafood ni..skrg tgok apa pun x sedap..huhu

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

sedapnyaaaaaaaa

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah...syukur...

Delimasari berkata... [Reply to comment]

sedapnyer

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI