Kembara KBBA9 ke Taman Negara 2016 : Bertolak ke Kuala Tahan , Pahang
Hari ini dalam sejarah.. Seramai 36 blogger yang terdiri dari pelbagai niche telah berjaya dikumpulkan. Walaupun sebelum ni memang dah berjaya dikumpulkan malah lebih ramai tapi kali ni lebih unik dan menarik ! Kenapa ? Haaaa.... Korang kena follow laa cerita aku ni hari demi hari.. Aku beruntung sebab Digi sangat cantik di sini .. hehehe.. Celcom , menunjukkan E. Agaknya Usin Bolt penat kot nak berlari sampai sini.. Hehehe..
Dijadualkan semua blogger berkumpul di Matic jam 8 malam. Tapi itu atas kertas ... heeheh.. 8.30 malam , semua dah ada ! Dan bas sampai jam 9 malam. Alhamdulillah... Semua sihat dan tak sabar untuk harungi pengalaman tak ternilai ini. Untuk pengetahuan . trip ke Taman Negara kali ni , memang disediakan untuk kami agak mencabar fizikal dan mental. Menarik tuuuuu...
Terlebih dahulu , jutaan terima kasih kepada Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia ( Matic ) Jalan Ampang , kerana membenarkan kami menggunakan tempat popular ini sebagai point untuk berkumpul dan juga menyimpan barangan penaja buat sementara.. Terima kasih En. Zain Azrai.
Terima kasih juga pada penaja seperti Camelus , Cosmoderm , Yeo's Malaysia , Pran , Nanafa Beauty dan paling utama, Han Rainforest Resort .. Tak lupa juga media yang turut serta seperti RTM , Bernama dan beberapa lagi.. Jutaan terima kasih..
2 kali berenti rehat sebelum tiba di Han RainForest Resort , Kuala Tahan pada jam .. lebih kurang 2 pagi gak laa.. ehehhe.. Selepas tu , kunci bilik diagihkan mengikut nama yang telah ditetapkan oleh saudara Danish RotiKaya. Terima kasih bangggg.. hehehe...
Dan aktiviti esok , jeng jeng jeng.... bermula jam 7 pagi.. Trekking dan bermalam di hutan.. Destinasi Bukit Terisi. 3 jam jalan kaki gituu..Kemudian akan ada aktiviti 4WD dan berkhemah di Sand River. Hehehehe... Menarik ? Tunggu gambar ehhh...
Oh ya.. kalau bermalam kat sana , memang takde line la jawabnya maka aku tak bawak la laptop ni.. Maka.. tiada update di blog esok yer.. Doakan segala perancangan berjalan dengan lancar... InshaAllah..
5 comments
Menarik.. best..
BalasPadamDah lama tak ke sana.. ;)
jelesnya tak dapat ikut huhu. Moga korang semua sentiasa dilindungiNya. Have fun & stay safe!
BalasPadamMenarik gila.. jeles sebab tak dapat join dan dah lama tak join outdoor aktiviti macam ni.
BalasPadamjeless nya..pakkall laa ada budak dalam perut.. hehehe.
BalasPadamseronoknya dapat berkumpul mcm ni...
BalasPadamPost Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015