Korang pencinta hutan ?
Alhamdulillah.. Tercapai cita cita aku.. Aku nak berbakti pada hutan di negara kita ni. Dari kecik lagi aku cukup teruja dengan hutan tapi belum berpeluang untuk menabur bakti padanya. Sekarang ni kita tengok apa dah jadi dengan hutan di negara kita ni. Memanjang di tebang sana sini. Mereka yang tamak haloba , tak kisah langsung akan nasib anak cucu kita satu hari kelak. Hinggakan nanti nampak cacing di jeritnya ular ! Nampak ular dijeritnya naga ! Gara gara hutan dah tak de .. dok layan movie dan game jer memanjang ! Kesian kan ?
Aku tahu.. korang mesti cakap , ni semua 'orang atas' punya pasal laaa .. Tak ke , tak pee.. Yang penting , kita berjuang ! Mana tau berkat doa dan perjuangan kita .. ada pihak berjaya dibukakan mata lalu membantu kita mempertahankan khazanah negara kita ni.. kan kan ? Sekurang kurangnya , kita ada buat tindakan dari dok menjerit di dalam hati jer..
Ok... Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam atau PEKA bakal menganjurkan 'SAVE OUR RAINFOREST RACE - POKOK ADALAH MASA DEPAN KITA' pada 26hb Mac 2016 di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala Port Dickson , Negeri Sembilan.
Ia adalah simbolik menyelamatkan hutan di negara ini yang semakin berkurangan, Peserta-peserta SORR2016 akan berlumba sejauh 16km untuk menanam pokok-pokok hutan di kawasan yang ditetapkan. Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan permainan yang menarik dan relevan sesuai dengan visi SORR 2016 pada kali ini. Seperti program SORR yang lalu, visi dan objektif SORR 2016 adalah bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini danakan datang. Selain itu, program SORR 2016 ini turut berhasrat mengumpul dana untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.
SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri daripelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta khususnya pelajar-pelajar, syarikat korporat, individu dan sebagainya. Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yangbetul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016 ini.
Kepada sesiapa yang berminat menyertai SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui facebook dan website PEKA yang telah dibuka untuk orang ramai mendaftar dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00 seorang (RM160.00 per kumpulan). Seperti program SORR sebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satu set anak pokok, sarapan pagi, makan tengahari t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgiftSORR2016’.Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada XX Mac 2016 dan peserta-peserta yang berminat digalakkan mendaftar segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir.
Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh melayari www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016 di :
Facebook : PEKA MALAYSIA
Susee : (6016 20102014)
Arizal Rahman : (601112249782)
Izwan : (6017 9321899)
4 comments
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadammemang aku suka dengan keindahan dan suasana dlm hutan..
BalasPadamBerbudi pada hutan untuk generasi anak-anak kita dan bangsa juga, parah julia tgk kawasan tol Latar hari tu lalu, kawasan denai hutan yang sangat cantik, di conteng dengan laluan jalan tanah yg sangat rakussssss dari jauh...merintih lihat pokok2 tu semua seakan menangis...inikan pula kempen baik cm ni...julia sokong!
BalasPadamBest tau kalau dikelilingi pokok menghijau. Sejuk jer..
BalasPadam