Belajar menyelesaikan masalah dengan tenang !

by - Isnin, Februari 15, 2016

Aku cukup respek dengan insan insan yang senantiasa mengalami masalah masalah besar yang aku nampak, aku tak mampu hadapinya langsung ! Sedangkan bila aku diuji dengan masalah kecil , aku dah mula tertekan.. Bila tertekan , mulalah tak lena tidur ! Camana la aku tak dapat penyakit tekanan darah tinggi ! Nasib baik dah ok skang.. Hehehe.. Alhamdulillah.
Camana aku lepaskan tekanan aku tu ? Heheheh... 

Ada gym baru bukak di kawasan taman perumahan aku ni dan.. aku lepaskan segala perasaan aku di situ ! Selepas itu , aku tenang kembali dan boleh berfikir dengan waras ! Hehehehe..


Di rumah , wife bagitau aku... Ada bahagian lantai yang keluar air ! Dua tempat !! Dan aku tengok. Aku amik kain dan lap.. Ada yang terpaksa aku mop. Hurmmm... Tak sampai sejam , keluar balik.. Aku terpaksa letak kain di situ dan setiap jam aku kena bersihkan. Tujuan untuk elakkan dari anak bini tergelincir !  

Aku mula tertekan. Terutama bila diberitahu mungkin ada paip bawah tanah pecah. Dalam kepala aku , nak kena korek untuk buat saluran paip yang baru. Bermakna , duit lagi ! Aishhh.. letih gini ! Baru plan nak menyimpan skit.. Aku tengok wife , dia tenang jer ! Huhhhh...

Tiba tiba teringat seseorang. Aku capai telefon dan buat panggilan. Dengan harapan dia ada masa esok untuk datang periksa. Sementara itu , aku terus lap dan lap ! Air makin melimpah keluar. Tak leh tahan gini wehhh ! 

Aku letak banyak banyak kain kat situ.. Biar dia serap air yang keluar. Moga esok air tak banyak melimpah. Risau anak anak jer.. Hurmmmm.. 

Awal pagi , aku turun dan periksa.. Kecewa.. Air meleleh je keluar.. Dalam jam 930 pagi , kawan tu sampai bersama pekerja dia. Lalu dia buat pemeriksaan. Katanya mungkin ada paip pecah tapi dia tak pasti lagi .. Terus buat pemeriksaan. Aku bagitau dia , meter air tak laju. Sebelum ni pernah berlaku dan meter laju je berpusing. Rupanya bahagian atas tangki bermasalah. 

Pekerja tu terus buat pemeriksaan dan akhirnya dia tau apa puncanya ! Dia terus buat dan... alhamdulillah ! Selesai masalah ! Masalahnya ialah .. tersumbat !!! Saluran tersumbat menyebabkan air keluar ikut saluran paip yang lama. Kontraktor yang buat ubahsuaian sebelum ni tak buat kerja dengan betul.

Lepas dia buang segala punca masalah tu , air tak keluar dah ! 



Syukur sangat masalah aku ni selesai ! Risau gak sebab mak mertua nak datang minggu depan. Aku tak de lak masa tu sebab kena out station ! Kena kerja ! Hurmmm... 

Dan aku belajar sesuatu.. Tenang bila selesaikan masalah ! Jangan gelojoh... 

You May Also Like

5 comments

  1. Yup..lps.ni saya pn kene tenang bila ada masalah

    BalasPadam
  2. Yes kena tenang ben...tak boleh selesai secara pukal...tarik satu2 selesai...kalau tak lagi teruk naik darah...not good to our health...

    BalasPadam