Puashati dengan kasut Adidas Gore-Tex !

by - Ahad, Februari 28, 2016

 

Antara Timberland boots atau Adidas Gore-Tex ? Mana satu aku nak guna masuk Taman Negara ? Kalau ikutkan , giler laaa nak guna kasut berharga RM400++ untuk redah hutan belantara tapi mengenangkan aku ni mudah terseliuh dan melecet , maka aku perlu buat keputusan yang drastik !

5

gotrex

Aku nekad ! Aku guna .. Adidas Gore Tex ! Kenapa aku pilih Adidas Gore Tex berbanding Timblerland ? Antara faktornya ialah.. cepat kering bila dibasahi air memandangkan akan ada aktiviti bermain air di Taman Negara !

Selain dari cepat kering , bila aku redah hutan , kaki aku tak sakit seperti mana kasut kasut lain yang aku guna termasuklah Timberland Boot ! Ini diluar jangkaan aku ! Aku tak salahkan kasut pon.. Kaki aku ni je .. lebih sesuai dengan Adidas agaknya !

1 2

Tapak dia memang cengkam abis ! Nak bergerak pon tak risau tergelincir. Bahagian dalam , pon selesa jer ! Basah ? Aku jemur jer… Dalam masa 3 jam cuaca panas , kering abis dah ! Bau ? Takde wooo ! Aku paling risau part bau.. Haaa ! Memang tarak bau punya ! Lega sungguh aku..

Ditambah dengan guna stokin Nike yang aku beli di Al Ikhsan , memang lengkap hari aku di sana !

1

Selepas 4 hari redah Taman Negara , kasut aku ni tetap kelihatan kacak ! Huhuhuh..

4

Rasa nak beli sepasang je lagi.. hahahaha.. Buat stok jenjalan.. Lalalala….

You May Also Like

3 comments

  1. Macam ni baru berbaloi beli..bawak melasak sakan pun still cun

    BalasPadam
  2. diakui mmg smart kasut nie.
    mmg stylo pakai.
    boleh masuk list faveret pasni.

    BalasPadam