Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Februari 2016

Crab Hut Asia , destinasi makanan laut anda !

Asyik dok tengok kengkawan upload gambar makan ketam.. makan lobster yang gempak gempak di Facebook.. mana tahan kan ? Tertanya gak satu hari tu.. kat mana best kalau nak makan makanan laut yang sedap dan menarik hidangannya ? 

Ada kawan bagitau.. Cuba la Crab Hut Asia di Shaffsbury Square , Cyberjaya. Dan tiba masanya , aku bersama rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ke Crab Hut Asia untuk mencubanya sendiri! Apakah ianya segempak yang diperkatakan ??? Hurmmm...

Lokasi ,Cyberjaya. Tak susah pon nak ke sini. Waze je  SHAFFSBURY SQUARE , CYBERJAYA.. Confirm jumpa! Tak caya , cuba la try ! Apa ? Takde waze ?? Adehhh.. Baik install laaa.. Dah gi sini , uninstall la balik.. haahhaaa.. 

Ok.. aku jumpa dah Crab Hut. Parking , di sebelah malam tak payah pon.. Dan tak sabar nak merasa makanan laut yang bakal dihidangkan nanti ! Heeee..




Hurmm.. awal rakan rakan blogger sampai ! Hahahaha.. Diorang lagi tak sabar rupanya ! Lama dah menahan nafsu untuk makan makanan laut yang semakin popular ni.. 

Dan seperti yang dijanjikan.. Yess ! Makan timeeee ! 


Antara makanan yang dihidangkan ialah Garlic Fried Rice & Baby Optucus ( RM23 saja ) dan aku rekeman kan ni.. memang sedap wehh ! Selain itu ada Jamba Prawns & Thai Sambal Fried Rice ( ni pon sedap wooo ) , Chamala Chicken & Garlic Fried Rice , Signature Stuffed Sotong, BBQ Chilled Australian Sirlion Beef in Smoky BBQ Sauce , Fried Oyster Sandwich ,Crab's Hut Fried Jamalaya dan beberapa lagi .. hehehe.. Semua sedap laaaa senang cakap ! Harga ?? Dibawah RM50... 


Ok... Yang bawah ni , lain kategori.. hahahaha.. Ni memang sangat sangat mampu membuatkan korang tak sabar nak makan punya ! Rasanya pedas tapi ada level gak ! Haaaa... Kalau nak lagi pedas pon adaaa... Huhuhuh.. Yang aku makan ni pon dah cukup pedas ! 

Amacam ? Teringin nak makan jugak ke ?? Huhuh.. Jangan risau.. Untuk bulan Februari ni , ada diskaun untuk rakan rakan pembaca blog BenAshaari.Com ni ... hehehe.. 






PROMOSI KHAS UNTUK KORANG SEMUA ! 

MONTHLY CRAZY BAG FEBRUARY




MONTHLY CRAZY BAG MAC



Ok.. ada kawan tanya aku.. camana nak order ? Semua nampak sedap ! Kang order semua kang... Haa.. Terjojol bijik mata time nak bayar ! Huhuhuhu... Yelah , dah semua dimakannya ! Takkan murah kot kan ? Haaa... 

Ha... aku bagi tips.. 

Langkah 1 : Pilih makanan laut ( minimun satu jenis dan maksimum 3 jenis ) dalam timbangan 300  gram atau 500 gram. Untuk ketam , boleh pilih beberapa ekor. 

Langkah 2 : Pilih sos & tahap kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba Jamba. 

Langkah 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies 


Untuk dapatkan diskaun lak , sila print kupon ni dan tunjukkan bila tiba di sana.. Haaa... Mudah kan? 




Untuk tempahan sila hubungi 03-8322 6861. Atau boleh layari  http://www.crabhut.asia/ 


8 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Best betul hari tu gathering ramai2 ben, jom lah repeat lagi kali ni pi Brolly plak, hehehe

yaya cendana berkata... [Reply to comment]

sedap giler..tak tipu....yang ade alergik macam yaya , better lepas makan korang makanlah ubat selesema..haaa...nak makan sedap sangat kan..amekaw...hihihii

Daus Redscarz berkata... [Reply to comment]

fuhhh nak order pun kena ada cara. kang tersilap naya...

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Wahh harga boleh tahan juga ingat mahal sangat.. bolehlah cuba nanti.

Aimaniman Ezaiza berkata... [Reply to comment]

wow... sedapnye, tapi mampu tegok je le, nak p makan fikir brg2 lain yg kena gst bagai, anak sekolah, dll,... untung kehidupan yang ala-ala mewah, makanan mewah segala2nya nampak mewah
psst semalam baru beli ketam tepi jalan, masak lemak sendiri,..

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Memang puas hati makan kat sini.. sedappp!!!

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

dekat lagi berpatutan harga menu2 yg dipamerkan..rugi kalau tak cuba

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

pandai pilih, mampu bayar.. tak mahal pun kalau makan berdua ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI