Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 5 Februari 2016

Keluar darah semasa hamil ?


Tiba tiba wife bangun dan tunduk.. Dia periksa seluar dia.. Dia pandang aku..

" Bang.. macam darah je ? "

Huhhhh... Aku tengok.. Memang darah.. tapi cair jer.. Tak macam darah yang biasa kita tengok tu.. Aku cuak dah. Aku ajak dia gi klinik. Check. Dia kata tak larat. Esok jer.. Lagi pun pinggang sakit.. Hurm...

Aku akur.

Sepanjang malam ni , aku jaga Zahra. Tak pergi gym pon. Dah 3 malam aku tak gi gym. Makan pon dah kembali belasah aja ! Huhuh.. Confirm naik balik berat aku.. Tapi malam ni , aku cadang nak buat pelan pelan di rumah jer.. bersama Zahra ! Wife , aku suruh berehat ja dalam bilik... Qhaliff , lena kat depan ruang tamu..

Walaupun hujan , dalam rumah tetap membahang. Zahra ber'pampers' jer.. Huhuhuh... Suruh pakai baju pon dia menjawab..



" Nanakk..".

Dalam hati , masih tak sedap.. Apakah ? Nauzubillah.. mintak dijauhkan.. Aku amik handpone dan google..

'Keluar darah semasa hamil ' , keyword utama aku.. Dan keluar jawapan..

'Apa itu pendarahan ringan dan adakah ianya normal' - BabyCenter
'Punca pendarahan di awal kehamilan' - DrZubaidi

Hurm.. terasa lega sedikit tapi camana pun , esok kena gi klinik untuk buat pemeriksaan. Tak leh main angguk jer.. kan ? Doakan yang terbaik buat kami..


5 komen :

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Moga tak de apa² yang serius hendaknya...
Aamiin...

Maria Firdz berkata... [Reply to comment]

moga dipermudahkan urusan...

ILA shafila berkata... [Reply to comment]

Betul...periksa doktor dulu.
Pengalaman sebelum ni hamil wk 7, ada bleed sikit. Jumpa doktor dia bagi ubat kuat rahim tapi dah tak de rezeki..bleeding sikit tu terus keguguran. Take care ye wife ben.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Pernah jadi cm ni dlu masa pregnant dalam usia 3 bulan...bila cek doktor scan cakap baby okey...ni namanya rahim wanita nak membesar, so byk urat2 halus mengembang dan ada yg putus untuk persediaan ruang yg lebih selesa utk baby membesar...harap sgt everythings is okey...aminnn....

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

anim pernah kena time pregnant anak kedua, bleeding sikit sebab doktor kata time tu fetus nak menempel di dinding rahim. Tapi doktor suh rehat dan baring aje pastu, sebab bimbang kalau kita aktif sangat lain jadinya. Apapun, moga dipermudahkan segalanya buat wife Ben ... insyaAllah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI